KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab 21-25)

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran ‘Datuk’ kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

Bab 23:Melihat Dalam Diri 

Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.
Bab 24: Lambaian Hati 
 
Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina yang telah menerap di sana.  Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.
Bab 25: Menghapus Dosa
Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: