PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) -maksud

Terima kasih daun keladi,

Kalau boleh hendak lagi.

                         Ikan siakap ikan sembilang ikan senohong,

                          Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca harap balas.

                         Emas perak tembaga suasa,

                         Malas bergerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,

Hati terang senang faham.

                          Kumbang  jarak kumbang jagung,

                           Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,

Siapa kemudian kena kemas.

                               Buah cempedak dalam gantang,

                                Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali,

Busuk nama menipu mencuri.

                               Saya kata itik awak kata ayam,

                               Sudah kena jentik baru nak diam.

Maksud pantun

Rangkap 1 :  Seseorang yang berharap mendapat sesuatu pemberian lagi jika diberi peluang.

Rangkap 2 : Seseorang yang banyak berkata-kata akan membuat banyak kesilapan.

Rangkap 3 : Seseorang yang berharap mendapat balas surat yang diutusi.

Rangkap 4 : Seseorang yang malas berusaha akan rugi.

Rangkap 5 : Seseorang yang yang cerdas akan mudah faham apa yang dipelajari.

Rangkap 6 : Seseorang perlu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.

Rangkap 7 : Sesiapa yang terakhir perlu memgemaskan sesuatu.

Rangkap 8 : Sesiapa yang berkehendak sesuatu perlulah berusaha.

Rangkap 9 : Seseorang yang menipu dan mencuri namanya akan tercemar.

Rangkap 10 : Seseorang akan berhenti membuat kesalahan setelah ditegur

About these ads

12 responses to this post.

  1. Posted by Izzah on Januari 13, 2012 at 4:38 am

    Terima Kasih! akhir nya, boleh siapkan HOMEWORK!! yeayy!!

    Balas

  2. Posted by Awang Nabil on Januari 17, 2012 at 12:38 pm

    Trima kasih krana bgi jawapan

    Balas

  3. Posted by shiva sangari on Januari 13, 2013 at 5:36 am

    terima kasih kerana saya dapat siapkan kerja rumah bm saya…………… saya suka block in…………..

    Balas

  4. Posted by lanaaa on Januari 14, 2013 at 2:45 pm

    tq akhirnya habis jugak homework bm aku ni
    terima kasih banyak2 tau

    Balas

  5. Posted by aliya on Januari 15, 2013 at 7:59 am

    terima kasih kerana membantu

    Balas

  6. thanks very much .. now i can finish my homework … yeah ! :)

    Balas

  7. Posted by fatrin on Januari 19, 2013 at 2:27 am

    terima kasih …………..sy boleh siapkan krja dengan cepat

    Balas

  8. Posted by fikri karim on Januari 19, 2013 at 11:13 am

    tq siap juga keja den, ^_^

    Balas

  9. Posted by syah12345 on Januari 20, 2013 at 12:56 pm

    thanks becaus you i finish my homework

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: