Perdagangan-Tingkatan4-Bab1- Asas kepada Perdagangan

Bab 1

Asas kepada Perdangangan

Keperluan dan Kehendak Manusia

 

  1. Keperluan murujuk kepada barangan atau perkhidmatan penting yang membolehkan manusia hidup pada tahap keselesaan yang minimum .
  2. Manusia mempunyai tiga keperluan asas , iaitu makanan , pakaian , dan tempat tinggal .
  3. Manusia mempunyao kehendak terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan seronok .
  4. Kehendak manusia tidak terhad kerana manusia sukar dipuaskan . Kehendak manusia semakin bertambah apabila taraf hidupnya meningkat . Oleh itu , manusia perlu membuat pilihan mengikut keutamaan secara rasional .
  5. Perbezaan antara keperluan dengan kehendak :

 

Keperluan

Kehendak

  1. Tuntutan semula jadi manusia
Tuntutan sesuatu yang timbul daripada pengalaman
  1. Wajib dipenuhi untuk terus hidup
Tidak wajib dipenuhi untuk terus hidup
  1. Boleh disusun mengikut keutamaan dalam bentuk hierarki
Keutamaan kehendak terpulang kepada individu
  1. Sama untuk semua manusia
Berbeza-beza mengikut jantina , umur , dan status sosial seseorang
  1. Senang dipenuhi

 

 

Susah dipenuhi 

 

 

 

6. Mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow , keperluan manusia disusun mengikut keutamaan kepada tiga tahap , iaitu keperluan fisiologi , keperluan sosial , dan keperluan rohani .

Pengeluaran

 

  1. Pengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
  2. Terdapat dua jenis pengeluaran , iaitu pengeluaran langsung dan pengeluaran tidak langsung .
  3. Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah . Nilai faedah bermakna sesuatu barang atau perkhimatan itu berupaya memberikan kepuasaan kepada manusia .
  4. Terdapat empat jenis nilai faedah , iaitu nilai faedah bentuk , nilai faedah masa , nilai faedah tempat , dan nilai faedah milikan .
  5. Proses pengeluaran mempunyai tiga cabang yang utama , iaitu perusahaan , perdagangan , dan khidmat langsung .
    1. a.      Perusahaan melibatkan aktiviti pengeluaran yang mendapatkan bahan mentah dari tanah dan laut . Perusahaan meliputi aspek ekstratig , perkilangan , dan pembinaan .
    2. b.      Perdangangan merupakan aktiviti pemindahan dan pertukaran hak milik dari pengeluar asal ke pengguna akhir . Perdangangan termasuklah perniagaan dan bantuan perniagaan .
    3. c.       Khidmat langsung merangkumi perkhidmatan peribadi secara terus kepada orang yang memerlukan . Contohnya pendidikan dan perubatan .

Faktor Pengeluaran

 

  1. Aktiviti pengeluaran melibatkan empat faktor pengeluaran , iaitu tanah , buruh , modal , dan usahawan .
  2. Usahawan akan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memberikan sumbangan ekonomi kepada masyarakat dan negara .
  3. Peniaga ialah pihak penjual yang mementingkan keuntungan . Perniaga hanya melibatkan diri dalam aktiviti menjual dan membeli .
  4. Peranan usahawan :
  1. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
  2. Menghasilkan penemuan dan ciptaan baru
  3. Meninggikan taraf hidup dan kebajikan masyarakat
  4. Mewujudkan peluang pekerjaan
  5. Memberikan sumbangan kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi

5.      Ciri-ciri usahawan termasuklah :

a)            Gigih , rajin , dan tidak mudah berputus asa .

b)            Kreatif

c)            Inovatif

d)           Berani menghadapi risiko

Pengkhususan

 

1        Pengkhususan merujuk kepada penumuan tenaga pekerja kepada aktiviti produktif tertentu berdasarkan minat , kebolehan , dan kemahirannya . Pengkhususan dapat menigkatkan kecekapan seseorang individu . Oleh itu , pengkhususan menguntungkan diri dan masyarakat .

2        Terdapat empat jenis pengkhususan , iaitu :

  1. Pengkhususan mengikut pekerjaan (profesion)
  2. Pengkhususan mengikut proses
  3. Pengkhususan antara kawasan
  4. Pengkhususan antarabangsa

3     Kelebihan pengkhususan :

  1. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja
  2. Menjimatkan kos dan masa latihan pekerja
  3. Mempercepatkan proses pengeluaran dengan penggunaan mesin dan jentera
  4. Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk kemahiran yang berlainan
  5. Menikmati ekonomi pengeluaran dan kos overhead seunit yang rendah
  6. Mencungkil bakat , kemahiran , dan minat pekerja dalam bidang tertentu .

4     Kekurangan pengkhususan :

  1. Mengehadkan daya kreatif dan inovasi pekerja
  2. Melakukan kerja yang berulang-ulang akan menyebabkan pekerja berasa bosan
  3. Mengeluarkan keluaran yang standard dan kehilangan keaslian mutu
  4. Menghadapi pengangguran jika sesuatu kemahiran tidak diperlukan lagi
  5. Proses pengeluaran terikat oleh semua jabatan dan akan mengakibatkan kerugian
  6. Menanggung kos modal tetap yang tinggi

Sistem Barter

 

  1. Pada zaman dahulu , manusia mengamalkan sistem sara diri , iaitu mereka mengeluarkan barang-barang sendiri . Menyedari kelemahan sistem tersebut , manusia kemudiannya menggunakan sisitem pertukaran barang . Sistem ini dikenali sebagai sistem barter .
  2. Sistem barter dilakukan apabila manusia memerlukan barang-barang yang tidak dapat dihasilkan . Oleh itu , manusia munggunakan barang lebihan keluaran sendiri untuk bertukar dengan pihak lain .
  3. Kelemahan sistem barter :
  4. Masalah kemahuan serentak
  5. Kesukaran untuk membahagi-bahagikan barang yang hendak ditukar
  6. Kesukaran untuk menentukan nilai barang yang hendak ditukar
  7. Masalah peyimpanan nilai
  8. Masalah membawa barang

 

About these ads

7 responses to this post.

  1. Posted by mimie on Julai 14, 2012 at 1:14 pm

    i hate perdagangan

    Balas

    • Sesuatu yang dibenci pada awalnya akan menjadi sesuatu yang kita tersangat suka akhirnya. dont worry…

      Balas

      • Posted by scha syeira on September 22, 2012 at 1:04 pm

        saya suka perdagangan tetapi saya x boleh nak ingat apa yang saya patut ingat dalam subjek perdagangan ..

      • semasa kita belajar perdagangan perhatikan sekeliling kita dan kaitkan dengan yang kta pelajari kerana perdagangan ada di sekeliling kita sebagai contoh…. giant = pasar raya besar, pejabat pos, mesin atm

  2. Posted by ica on Oktober 5, 2012 at 12:24 pm

    saya nak lulus dlam subjek ni..!!

    Balas

  3. Posted by silvia666 on Januari 20, 2013 at 7:32 am

    saya nak A+ dalam subjek ni..!!

    Balas

  4. Posted by rosman on Januari 25, 2013 at 1:38 am

    Tips

    1. Buat soalan2 dalam kepingan kertas kecil (dan tulis jawaban kat muka yg lagi
    2. Gunakan kertas2 yg telah ditulis soalaan2 tu untuk menyoal diri kita balik (sesuai digunakan bila kiita nak tidur, tengah tunggu bas, dll lah…)…..

    Kita kena selalu ulang ulang soalan2 ini supaya ianya jerap betul2 kat dlm otak kita…

    Menyoal dan menjawab adalah skil yg berbeza dengan kalau kita membaca sahaja… Dlm peperiksaan, kita kena gunakan skil soal dan jawab ini….. selamat mencuba (sebenar tip ini perlu dibayar kepada juruperunding… tapi saya bagi free…saya dah bayar dulu). cuma doakan saja untuk orang2 tersebut.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: