Perdagangan-Tingkatan4-Bab2- Unsur Perdagangan

Bab 2

Unsur Perdangangan

Perdangangan

 

1              Perdagangan dapat didefinisikan sebagai segala kegiatan yang berkaitan dengan pembelian , penjualan , dan pengagihan barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa , tempat , kuantiti , dan harga tertentu . Kegiatan perdangangan ini dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna .

2              Perdangangan terdiri daripada dua bidang iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan . Rajah berikut dapat merumuskan perdagangan dan bidang-bidangnya .


Perniagaan

 

1        Perniagaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan .

2        Perniagaan dapat digolongkan kepada dua :

1        Perniagaan dalam negeri

2        Perniagaan luar negeri

 

Bantuan Perniagaan

Bantuan-bantuan perniagaan ini terdiri daripada perkhidmatan , bank , pengangkutan , komunikasi , insyurans , promosi , dan pergudangan .

Perkhidmatan Bank

1        Menyediakan pelbagai urusan peyimpanan , pembayaran dan penerimaan wang secara kancar , selamat , dan cepat .

2        Bank juga menyediakan pelbagai jenis pembiayaan kewangan kepda peniaga yang memerlukan wang tunai ataupun mengalami kekurangan modal .

Perkhidmatan Insyuran

1        Insyuran da[at memberikan perlingdungan kepada peniaga terhadap pelbagai risiko yang boleh merugikan peniaga ialah risiko harian yang dihadapi oleh peniaga ialah risiko kecurian , kebakaran , kemalangan , dan pecah amanah .

2        Peniaga mendapat ganti rugi sekiranya risiko itu telah berlaku

Promosi

Promosi membantu peniaga dengan pelbagai cara seperti yang berikut :

  1. Memperkenalkan keluaran dan perkhidmatan baru kepada pengguna
  2. Promosi yang berulangan dapat mengigatkan pengguna tentang barang-barang lama di pasaran . Dengan ini , promosi dapat mengekalkan permintaan terhadap sesuatu barangan
  3. Mempengaruhi pengguna supaya setia kepada jenama tertentu .

Pergudangan

1        Pergudangan membantu pengeluaran yang menghasilkan barangan lebih awal daripada permintaan . Dengan menyimpan barang lebihan dalam gudang , barangan dapat dipasarkan secara beransur-ansur mengikut permintaan .

2        Selain dapat menyimpan barang dengan selamat , pergudangan dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran dan seterusnya menstabilkan harga barang .

Pergangkutan

1        Pergangkutan melibatkan pemindahan barang-barang lebihan dari pengeluar ke tempat-tempat yang memerlukan barang tersebut .

2        Pergangkutan yang cekan dan berkesan dapat mempercepatkan proses perniagaan dan juga memperluaskan pasaran .

Kaitan antara Pengeluar , Perdagangan , dan Perniagaan

  1. 1.      Pengeluaran perdangangan dan perniagaan mempunyai hubungan rapat kerana fungsinya bergantung antara satu sama lain .
  2. 2.      Pengeluaran ialah proses penciptaan nilai faedah melalui penghasilan barang dan perkhidmatan .
  3. 3.      Perdagangan merupakan sebahagian daripada proses pengeluaran . Perdangangan bertangungjawab mengagih dan memindahkan barang dan perkhidmatan sehingga kepada pengguna akhir .
  4. 4.      Penguna dapat memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan yang diingini melalui urus niaga . Urus niaga ini disebut sebagai perniagaan .
  5. 5.      Perniagaan ialah salah satu cabang daripada proses perdangangan . Melalui aktiviti menjual dan membeli , pengguna dapat menikmati kepuasaan .
  6. 6.      Kaitan antara pengeluaran , perdangangan , dan perniagaan membawa kepada perkembangan sektor-sektor ekonomi dalam masyarakat .
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: