Perdagangan-Tingkatan4-Bab5-Industri Kecil dan Sederhana

Bab 5

Industri Kecil dan Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana

 

  1. Ini melibatkan proses pembuatan , pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang-barang siap .
  2. IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat .
    1. IKS merupakan syarikat perkilangan yang memounyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta . Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .
    2. (a) Industri kecil :

-          Mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja

-          Memiliki nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM10 juta

(b) Industri sederhana :

-     mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang

pekerja

-     memiliki nilai jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta

5.    Ciri-ciri IKS

  1. Modal kecil
  2. Teknologi pengeluaran yang terhad / rendah
  3. Jenis keluaran : Menghasilkan barang keperluan harian pengguna seperti makanan , perabot , tekstil dan kraf tangan serta komponen dan alat ganti untuk industri besar .
  4. Organisasi : Diasaskan oleh keluarga dan dibantu oleh ahli-ahlinya keluarga , saudara-mara dan beberapa pekerja lain .
  5. Lokasi : Terletak di merata-rata tempat seperti di rumah kediaman , pinggir bandar , desa atau luar bandar .
  6. Pekerja yang separuh mahir .

6.    Kegiatan IKS :

  1. Industri berasaskan sumber

-          bergantung pada bahan-bahan mentah yang mudah diperolehi dalam tempatan

-          contoh : rotan , untuk membuat perabot

  1. Industri berasaskan logam

-          melibatkan aktiviti pembuatan dari segi kimpalan , faundari , dan mesin

-          menghasilkan komponen untuk industri berat dan industri pembinaan

-          contoh : skru , bingkai besi dan paku

  1. Industri berasaskan plastik

-          melibatkan teknologi pembuatan dalam industri petrokimia .

-          contoh : perhiasan plastik , tayar , dan kompmnen plastik .

  1. Industri berasaskan elektrik dan elektronik

-          mendapat bantuan teknologi dalam pembuatan elektrik dan elektronik daripada syarikat besar

-          menghasilkan komponen yang diperlukan .

-          contoh : suis , kapasitor , dan papan litar .

  1. Industri komponen automotif

-          menghasilkan komponen yang diperlukan melalui pangaturan kontrak khas dan subkontrak .

-          contoh : lampu kereta , bateri kereta , dan bumper kereta .

  1. Industri pempromosesan makanan

-          berasakan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan .

-          contoh : mengawetkan makanan , biskut , dan gula-gula .

  1. Industri pembuatan lain

-          merangkumi industri kimia dan farmaseutikal .

-          contoh barangan industri kimia ialah keluaran petrokimia seperti cat dan keluaran petroleum lain .

-          contoh barangan industri farmaseutikal ialah ubat-ubatan .

Kepentingan IKS :

  1. Kepentingan IKS

-          membekalkan peluang pekerjaan

-          menggantikan barangan import

-          memnuhi pasaran tempatan

-          memaksimumkan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan

-          menjimatkan pertukaran mata wang asing

-          menjadi teras kepada aktiviti-aktiviti perniagaan mencipta dan mengagihkan pendapatan

-          meninggikan taraf hidup masyarakat

2.    Kepentingan IKS menguntungan tiga pihak yang utama , iaitu

-          tenaga kerja / penduduk setempat

-          masyarakat

-          negara

  1. Usahawan merupakan perangsang umata dalam perkembangan IKS . Usahawan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran yang lain , iaitu tanah , modal , dan buruh dalam IKS .

Kaitan antara IKS dengan Industri Berat

 

  1. IKS menghasilkan barang-barang keluaran yang digunakan sebagai bahan mentah oleh industri berat . Industri berat tidak dapat mengeluarkan semua bahan input dengan pengeluaran sendiri .
  2. Perkaitan antara IKS dengan industri berat membawa kepada perkara-perkara berikut :

-          Pengkhususan antara industri

-          Rangkaian pemasaran yang rapat

-          Pemindahan teknologi antara industri

-          Pengubahsuaian dan pembaharuan dalam keluaran

-          Ekonomi bidangan kepada industri berat

-          Perkembangan infrastruktur

  1. Tiga jalinan utama antara IKS dan industri berat ialah
    1. Pemasaran bersepadu

-          merupakan perlindungan daripada industri besar dari segi bayaran segera dan pesanan / pasaran tetap .

-          juga dikenali sebagai ‘Konsep Payung’

-          membantu IKS memperoleh modal pusingan untuk meneruskan operasi pengeluaran dan meningkatkan mutu keluaran .

  1. Pengaturan kontrak khas

-          melibatkan perjanjian antara IKS dengan industri besar

-          IKS membekalkan komponen mengikut keperluan yang ditetapkan oleh industri besar .

-          Menjamin pasaran keluaran IKS dan mendapat modal untuk menggembangkan operasi pengeluaran .

-          Mewujudkan peluang pekerjaan

  1. Subkontrak

-          industri besar mengenakan cirri-ciri spesifikasi barang ke atas keluaran IKS

-          industri besar memberi kemudahan pembiayaan dari segi kredit , pembelian bahan-bagan mentah dan pengangkutan kepada IKS yang berkenaan .

-          Contoh : Skim Perniagaan Vendor .

Masalah IKS

 

  1. IKS menghadapi masalah-masalah berikut :
    1. masalah pemasaran
    2. persaingan hebat daripada pelaksanaan AFTA
    3. masalah kewangan dan kredit
    4. masalah pengurusan dan pentadbiran
    5. masalah teknikal
    6. kawalan mutu keluaran
    7. masalah lokasi
    8. masalah kekurangan bahan mentah
    9. hubungan dengan industri berat
    10. Masalah-masalah tersebut menjelaskan perkembangan dari segi :
      1. tahap produktiviti
      2. liputan pasaran di dalam dan luar negeri
      3. kaedah pengeluaran
      4. faedah berbanding
      5. mutu keluaran
      6. kekalan / kekuatan undustri dalam pasaran
      7. kecekapan ekonomi IKS
      8. Cara-cara mengatasi masalah IKS :
        1. program rantaian industri
        2. program pembangunan infrastuktur untuk menyediakan tapak perkilangan
        3. program pembangunan dan peningkatan
        4. program peyelidikkan dan pembangunan
        5. pembangunan pemasaran
        6. program bantuan kewangan
About these ads

One response to this post.

  1. iks penting dalam perkembangan ekonomi negara kita….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: