Karangan (Fakta) – Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Soalan :

Jumlah kemalangan jalan raya dicatat sepanjang program “Ops Sikap” dilancarkan menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Jelaskan cara-cara untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang perlu diamalkan oleh setiap pengguna jalan raya di negara ini.

Sampel Jawapan

Setiap tahun, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ‘Operasi Ops Sikap” telah dilancarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Langkah ini dilaksanakan untuk mengawal berlakunya kemalangan jalan raya  ketika sambutan perayaan ini. Program ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengawal jumlah kemalangan jalan raya yang tercatat sepanjang musim perayaan  Apakah langkah-langkah yang terbaik yang perlu diamalkan oleh pengguna sendiri untuk mengelakkan kemalangan jalan raya ini berlaku?

Langkah yang pertama, pemandu yang hendak memulakan sesuatu perjalanan perlulah berada pada tahap fizikal dan mental yang baik. Oleh itu, pemandu disarankan untuk mendapat rehat yang secukupnya sebelum memandu. Pemandu hendaklah berehat seketika jika berasa letih atau mengantuk ketika memandu. Hal ini demikian, pemandu akan dapat mengawal diri dan kenderaan mereka dengan sempurna dalam usaha mengelakkan kemalangan.

Pengguna jalan raya juga disarankan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik dan sempurna .Sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang jauh pengguna digalakkan untuk menyelenggara kenderaan mereka. Selain itu, brek, lampu brek, lampu utama dan sebagainya perlulah juga dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Semua perkara ini penting  dilakukan demi mengelakkan kemalangan jalan raya.

Semasa pemandu sedang menggunakan jalan raya, mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling. Pemandu perlulah memandu secara berhemah dan berdisiplin. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan, pemandu akan dapat bertindak dengan pantas dan selamat. Bak kata-kata hikmah “pandu cermat jiwa selamat’

Pengguna jalan raya juga hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. Sebagai contoh, mematuhi had laju yang ditetapkan, mematuhi lampu isyarat di persimpangan jalan ,sentiasa memakai tali pinggar keledar atau topi keledar. Hal ini penting untuk menjamin keselamatn diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dinyatakan,  diharapkan  kemalangan jalan raya sewaktu musim perayaan dapat dielakkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: