Archive for the ‘TINGKATAN 4’ Category

Puisi Tradisional Tingkatan 4 – Pantun Empat Kerat (Budi)

SEJARAH Tingkatan 4 – Bab 1 Tamadun Awal Manusia (Latihan Soalan Subjektif 1)

Jawab semua soalan.

1. Rajah berikut merujuk kepada empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah.

a)      Berikan tiga petempatan manusia Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik.(3m)

  1. Tepi sungai
  2. Tepi tasik
  3. Di dalam gua

 b)      Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka?(2m)

  1. Bercucuk tanam
  2. Menternak binatang

c)      Apakah ciri-ciri baharu yang diperlihatkan dalam kehidupan masyarakat Zaman Neolitik?(2m)

  1. Penciptaan alatan batu
  2. Penciptaan alat tembikar

d)     Berikan bukti iringan bekal kubur dalam upacara mengebumikan mayat pada Zaman Neolitik?(2m)

  1. Makanan
  2. Alatan besi

 e)      Pada pendapat anda, apakah kegunaan cengkerang cowrie?(1m)

Sebagai nilai tukaran barang.

2. Sumbangan besar tamadun Mesopotamia adalah Kod Undang-undang yang diamalkannya.

a)      Namakan kod undang-undang dalam Tamadun Mesopotamia.(1m)

Kod Undang-undang tamadun Mesopotamia ialah Kod Undang-undang Hammurabi.

 b)      Dimanakah kod undang-undang tersebut dipamerkan?(2m)

Kod tersebut dipahatkan pada tembok.

c)      Sebutkan nama raja yang menggubal undang-undang tersebut.(1m)

Nama raja yang menggubal undang- tersebut ialah Raja Hammurabi.

d)     Apakah teras hukuman dalam kod undang-undang tersebut?(2m)

  1. Teras hukuman dalam undang-undang tersebut ialah hukuman setimpal dengan kesalahan.
  2. Setiap hukuman mestilah mengikut susun lapis masyarakat.

e)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah sumbangan kod undang-undang tersebut kepada masyarakat Tamadun Mesopotamia?(4m)

  1. Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat
  2. Mengukuhkan organisasi dalam masyarakat
  3. Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang
  4. Mengelakkan permasalahan dalam masyarakat pelbagai kaum

3. Tamadun Indus banyak memberi sumbangan kepada ketamadunan manusia.

a)      Sebutkan dua Bandar utama dalam tamadun Indus.(2m)

  1. Bandar Mohenjo-Daro
  2. Bandar Harappa

b)      Bandar dalam tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama dan bahagian kedua. Apakah fungsi kedua-dua bahagian tersebut?(2m)

  1. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan agama
  2. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan

c)      Nyatakan dua ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.(2m)

  1. Kota dibahagi kepada petak-petak perumahan bersegi empat.
  2. Terdapat sistem pembentungan yang terancang

 d)     Nyatakan dua peranan golongan buruh dalam masysarakat Indus.(2m)

  1. Buruh menjaga kebersihan Bandar
  2. Buruh membina tembok, benteng dan terusan.

e)      Berikan nama dua dewa yang dilambangkan oleh tanduk Proto-Siva.(2m)

  1. Dewa Brahma
  2. Dewa vishnu

4. Proses pembentukan tamadun manusia merupakan manifestasi kepada pencapaian pemikiran manusia dan kekuatan kerohanian mereka.

a)      Berikan ciri-ciri utama tamadun manusia.(3m)

  1. Ciri tamadun manusia ialh petempatan yang kekal
  2. Kehidupan masyarakat berorganisasi
  3. Mempunyai pengkhususan kerja

b)      Mengapakah kawasan lembah sungai menjadi petempatan kekal tamadun terawal manusia?(3m)

  1. Lembah sungai sebagai tamadun awal kerana kemudahan mendapat bekalan air.
  2. Mempunyai tanah subur yang sesuai untuk pertanian
  3. Sungai dijadikan sebagai kemudahan perhubungan

 c)      Nyatakan kewujudan tamadun awal di sungai-sungai berikut: (2m)

  1. Sungai Nil = Tamadun Mesir Purba
  2. Sungai Indus = Tamadun Indus

d)     Nyatakan satu contoh tulisan terawal yang dicipta oleh masyarakat awal.(1m)

Satu contoh tulisan terawal ialah Cuneiform.

e)      Pada pengetahuan sejarah anda, apakah yang dimaksudkan dengan agama politeisme?(1m)

Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan

4. Tamadun Hwang Ho muncul kesan kesuburan tanah yang terdapat di sungai Hwang Ho.

a)      Berikan dua faktor mengapa Tamadun Hwang Ho bersifat setempat?(2m)

  1. Tamadun Hwang Ho bersifat setempat kerana bentuk muka bumi yang bergunung-ganang.
  2. Bentuk bumi yang berpadang pasir.

 b)      Senaraikan dua jenis tentera yang terdapat dalam tamadun ini.(2m)

  1. Tentera berkuda
  2. Tentera berjalan kaki

c)      Apakah tiga kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho?(3m)

  1. Animisme ( percaya kepada kuasa ghaib)
  2. Politeisme (percaya kepada banyak tuhan)
  3. Penyembahan roh nenek moyang

 d)     Berikan maksud konsep berikut : (2m)

  1. Konsep Yin dan Yang = Kejadian alam terdiri daripada dua unsur
    1. Feng Shui = Manusia boleh hidup harmoni dengan alam sekitar.

e)      Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat tempatan mendapat idea untuk mencipta tulisan?(1)

Idea mencipta tulisan bermula daripada rekahan yang wujud pada tulang oracle.

 

SEJARAH Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia 2

Proses Pembentukan Tamadun

Tamadun Mesopotamia (7000-5000SM) wujud di antara Sungai Tigris dan Euphrates.

a)      Ciri-ciri Tamadun

  1. Negara Kota- kejaan berdaulat, mempunyai unit politik, agama, kubu pertahan, Bandar.
  2. Sistem Pemerintahan – pemerintahan berbentuk teokrasi.
  3. Pengkhususan kerja – golongan pedagang, petani, tentera
  4. Organisasi Sosial – golongan pemrintah, rakyat dan hamba.
  5. Tulisan – berbentuk gambar – pepaku (cuneiform)

b)      Sumbangan tamadun Mesopotamia

  1. Kod Undang-undang Hamurabi – berteraskan hak rakyat kepada keadilan.
  2. Tulisan –  Merekodkan pentadbiran dan kesusasteraan
  3. Ilmu astronomi dan perubatan – perkembangan matematik dan geometri.
  4. Alat pengangkutan – penciptaan kapal layar dan pengangkutan beroda.
  5. Membentuk empayar – membina empayar pertama.
  6. Penghasilan batu bata daripada tanah liat.

Tamadun Mesir (10000-5000SM) wujud di tepi Sungai Nil

a) Ciri-ciri Tamadun

  1. Sistem pemerintahan – Firaun sebagai raja
  2. Bandar – berperanan sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan, pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
  3. Pengkhususan kerja – penenun kain, pembuat tembikar, tekstil dan kertas.
  4. Organisasi sosial – Firaun berkuasa mutlak, suci dan jelmaan tuhan
  5. Agama – kepercayaan politeisme
  6. Tulisan –  heirogrif (kombinasi gambar dan simbol bunyi)

c)      Sumbangan Tamadun Mesir

  1. Seni bina -  pembinaan piramid
  2. Pendidikan – pendidikan untuk golongan atasan (ilmu geometri, sains dan matematik)
  3. Kertas dan tulisan – ciptaan kertas dari pokok papyrus dan tulisan atas batu dan makam
  4. Kalendar –  mencipta calendar 365 hari dan 12 bulan dalam setahun
  5. Sungai Nil – mengawal banjir dengan kaedah algebra, geometri dan astronomi
  6. Perubatan – memumiakan mayat dan menjalankan pembedahan.

Tamadun Indus (2500-1800SM) wujud di Lembah Sungai Indus

a)      Ciri-ciri Tamadun

  1. Petempatan – petempatan kekal dan dua bandar terpenting Mohenjo Daro dan Harappa
  2. Pengkhususan Kerja- bidang perdagangan, pertanian, pertukangan
  3. Organisasi Sosial -  golongan atasan dan golongan bawahan
  4. Tulisan - berbentuk piktograf
  5. Agama – menyembah patung Proto Shiva dan percaya tuhan Ibu

b)      Sumbangan Tamadun Indus

  1. Bandar Terancang – membina Bandar mengikur susunan segiempat berasaskan geometri, kesenian dan matematik
  2. Sifat keterbukaan – mempunyai hubungan dengan tamadun Indus, Mesir dan Mesopotamia.

Tamadun Hwang Ho wujud di sekitar Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning.

a)      Ciri-ciri tamadun

  1. Dinasti – Wujud Dinasti Shang, Dinasti Hsia dan Dinasti Chou
  2. Negara Kota – kotaAnyang (pusat keagamaan, pentadbiran dan tempat tinggal)
  3. Pengkhususan kerja – petani, tentera, artisan, hamba
  4. Organisasi sosial – Golongan atasan dan golongan bawahan
  5. Agama dan kepercayaan – animisme dan politeisme ( tulang oracle untuk meramal sesuatu)
  6. Sistem Pemerintahan – sistem beraja
  7. Sistem tulisan – berbentuk ideogram (symbol)

b)      Sumbangan Tamadun Hwang Ho

  1. Politik –  pemerintahan monarki hingga zaman dinasti Ching
  2. Ekonomi – sistem pengairan untuk pertanian dan mengelak banjir,

-    kemajuan teknologi membajak

-     penciptaan sabit,

-    penggunaan batas pertanian

  1. Kepercayaan   – unsur pemujaan

-  konsep yin dan yeng serta feng shui

-  sumbangan falsafah Sun Tzu ( The Art of War)

Perdagangan Tingkatan 4 – Kajian Kes (Asas kepada Perdagangan)

Encik  Sham memiliki sebuah kilang pakaian di Tampoi, Johor Bahru. Beliau mempunyai 58 orang pekerja dalam proses pembuatan dan jahitan pakaian.

Untuk meluaskan pengeluaran, Encik Sham telah membeli sebidang tanah yang bersebelahan dengan kilangnya dengan harga RM350 000. Selanjutnya beliau telah membeli 5 buah mesin baru untuk mempercepatkan penghasilan pengeluaran.

Kini Encik Sham telah memulakan kedai menjual pakaian secara peruncitan bagi mengurangkan kos orang tengah. Beliau berazam untuk membuka sebuah kedai cawangan  di Kota Tinggi dengan melantik adik iparnya sebagai pengurus kedai

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.

a)      Senaraikan contoh faktor-faktor pengeluaran dalam kes di atas. (4m)

i)        Tanah

ii)      Modal

iii)    Usahawan

iv)    Pekerja

Contoh faktor-faktor pengeluaran :

i)      Tanah = Kilang pakaian

ii)      Modal = Mesin dan tanah bernilai RM350 000

iii)      Usahawan = Encik Sham

iv)      Pekerja = 58 orang

b)      Terangkan ciri-ciri usahawan. (10 m)

Ciri-ciri usahawan ialah:

  1. Berkebolehan untuk memulakan sesuatu dengan menggabungkan faktor pengeluaran. (1m)
  2. Berpandang jauh (1m)
  3. Peka terhadap kehendak masyarakat.(1m)
  4. Kreatif dalam mengeluarkan rekaan, ciptaan dan penemuan baru. (1m)Sebagai contoh komputer tanpa wayar.
  5. Berkebolehan untuk membaiki dan membaharui sesuatu (1m) seperti penggunaan cerek elektrik menggantikan cerek dapur .
  6. Berani menghadapi risiko (1m)
  7. Tidak mudah berputus asa menghadapi kegagalan.(1m)
  8. Cekap untuk mengurus faktor-faktor pengeluaran.(1m)
  9. Boleh mengawal , mentadbir dan mengurus system pemasaran dan pembuatan secara berkesan.(1m)
  10. Rajin, gigih dan tekun untuk menjayakan sesuatu. (1m)

c)      Apakah peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.(10m)

Peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak   pengguna:

  1. Mewujudkan peluang pekerjaan  (1m) dengan menawarkan peluang  pekerjaan dalam berbagai aspek seperti pembuatan, pemasaran , peluang perniagaan dan pengurusan. (1m)
  2. Meningkatkan taraf hidup pengguna. (1m) Dengan membaiki mutu keluaran tanpa menaikkan harga.(1m) Menawarkan tingkat gaji serta kemudahan yang berpatutan.(1m)
  3. Memberi sumbangan kepada pembangunan dan ekonomi negara.(1m) Menghasilkan barangan pengganti untuk barangan import (1m) serta menghasilkan barangan yang boleh dieksport ke luar negara.(1m)
  4. Membuat pembaharuan serta ciptaan baru dalam teknologi (1m). Menghasilkan barangan yang mempunyai pelbagai pilihan (1m) serta menghasilkan barangan yang standing dengan barangan dari negara lain.(1m)

d)     Nyatakan fungsi utama usahawan dalam proses pengeluaran.(1m)

Fungsi usahawan dalam proses pengeluaran ialah menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta nilai faedah kepada pengguna.(1m)

Perdagangan Tingkatan 4 – (Soalan Esei) Pengkhususan

1. a) Apakah itu pengkhususan dalam pengeluaran ? (6m)

Pengkhususan merujuk kepada penumpuan masa dan tenaga(1m) oleh seseorang individu (1m) dalam suatu pekerjaan (1m) mengikut kebolehannya (1m). Pengkhususan dalam pengeluaran boleh dibahagikan mengikut profession, proses kerja, kawasan dan negara(1m).Contoh pengkhususan mengikut profesion ialah doktor mengkhusus merawat pesakit(1m).

b) Terangkan kebaikan dan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran? (10 m)

    Kebaikan pengkhususan dalam pengeluaran ialah :

  1. Pekerjaan akan menjadi lebih mahir dan cekap. (1m)
  2. Pekerja akan menjadi lebih produktif. (1m)
  3. Masa dan kos untuk melatih pekerja dapat dijimatkan. (1m)
  4. Kos alat dapat dijimatkan kerana hanya perlu disediakan untuk pekerja tertentu sahaja. (1m)
  5. Pengkhususan membolehkan penggunaan mesin untuk proses berulang. (1m)

       Keburukan pengkhususan pula ialah :

  1. Pekerja akan menjadi jemu melakukan pekerjaan yang berulang. (1m)
  2. Pekerja akan kehilangan daya cipta dan kerohanian dan menjejaskan mutu pengeluaran. (1m)
  3. Hasil keluaran mesin adalah seragam dan menghadkan pilihan pengguna. (1m)
  4. Risiko pengangguran akan berlaku kerana kemahiran pekerja tidak diperlukan dalam pengeluaran. (1m)
  5. Pekerja akan mempunyai sikap saling bergantungan mengakibatkan pengeluaran akan tergendala sekiranya berlaku kerosakan pada mesin dan kerugian besar dialami. (1m)

c) Huraikan faktor-faktor yang mewujudkan pelbagai jenis pengkhususan dalam  pengeluaran. (10m)

Faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai jenis pengkhususan dalam  pengeluaran ialah :

  1. Perbezaan individu dalam kebolehan, kemahiran dan minat (1m) menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doctor, akauntan, peguam dan lain-lain.(1m)
  2. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses .(1m) Mesin digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran.(1m) Maka kos latihan dan masa dapat dijimatkan.(1m)
  3. Pengkhususan dilakukan mengikut kawasan bergantung kepada bentuk muka bumi, sumber alam dan saliran(1m). Sebagai contoh kawasan luar Kuala Trengganu mengkhusus dalam bidang petroleum. (1m)
  4. Pengkhususan antarabangsa melibatkan faktor iklim, tahap teknologi dan taraf pendidikan setiap penduduk yang berbeza-beza (1m).Terdapat negara yang menumpukan lebih kepada barang indutri kerana tahap teknoligi yang tinggi seperti Jepun.(1m) Terdapat juga negara yang mengkhusus dalam bidang pertanian atas faktor iklim dan bekalan buruh yang murah seperti Indonesia. (1m)

SEJARAH Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia 1

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

1. Ciri-ciri Zaman Paleolitik

a)      Hidup secara nomad dan berpindah randah

b)      Petempatan tepi sungai, tepi tasik dan di dalam gua.

c)      Menyara hidup dengan memungut hasil hutan, berburu binantang dan menangkap ikan.

d)     Mencipta alat daripada batu yang mempunyai fungsi

e)      Alatan batu yang dicipta agak kasar.

2. Ciri-ciri Zaman Mesolitik

a)      Hidup secara nomad dan berpindah-randah.

b)      Petempatan di tepi sungai, tasik dan di dalam gua.

c)      Sumber makanan dengan berburu binatang dan menangkap ikan.

3. Ciri-ciri Zaman Neolitik

a)      Hidup menetap secara berkelompok.

b)      Bercucuk tanam dan menternak binatang.

c)      Ciptaan alatan batu yang lebih licin dan pelbagai fungsi.

d)     Membuat tembikar.

e)      Mempunyai pengkhususan kerja.

f)       Menggunakan sistem Barter.

g)      Mempercayai kuasa ghaib

4. Ciri-ciri Zaman Logam

a)      Pandai melebur logam

b)      Mencipta perahu dan rumah.

c)      Wujud Perdagangan antarabangsa.

d)     Wujud petempatan yang besar dan kota pertahanan.

e)      Mempunyai sistem tulisan

f)       Kemunculan kota-kota besar yang menjadi pusat tamadun

Ciri-ciri Tamadun

  1. Wujud petempatan

a)      Kehidupan masyarakat dalam petempatan kekal

b)      Kelompok yang besar

  1. Kehidupan berorganisasi

a)      Wujud kehidupan berorganisani seiring dengan peningkatan penduduk.

  1. Mempunyai sistem pemerintahan

a)      Sitem pemerintahan berbentuk pyramid yang terdiri daripada golongan bangsawan, pembesar, rakyat biasa dan hamba.

  1. Pengkhususan pekerjaan

a) Peningkatan pengeluaran dapat menampung keperluan penduduk.

  1. Agama dan kepercayaan

a)      Kepercayaan animisme(percaya kepada benda ghaib) dan politeisme (kepercayaan kepada banyak tuhan)

  1. Penciptaan bahasa dan sistem tulisan

a)  Tulisan berbentuk hieroglif, cuneiform dan ideogram.

Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa (Contoh Bina Ayat 1)

Tulis ayat dengan menggunakan perkataan yang di bawah dengan menunjukkan maksud yang jelas. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. Penambahbaikan

Maksud : perihal (proses, perbuat­an, tindakan ) menjadikan bertambah baik

Contoh Ayat

Laman web ini secara keseluruhannya masih dalam proses penambahbaikan dan banyak lagi bahan yang akan dimuatnaik dari

masa ke masa.

2. Penyatupaduan

Maksud : perbuatan atau proses menyatupadukan

Contoh Ayat  

Melalui penetapan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan penyatuanpaduan kaum di negara kita berjaya dilakukan oleh pihak kerajaan.

3. Pengenalpastian

Maksud :perihal usaha me­ngenal pasti

Contoh Ayat

Maklumat itu dapat membantu pihak pentadbiran dalam proses pengenalpastian  pelajar yang memerlukan kelas pemulihan dalam bahasa Malaysia.

4. Pengubahsuaian

Maksud : perbuatan atau hal mengubah suai.

Contoh Ayat

Kerja-kerja pengubahsuaian rumah itu akan dibuat pada masa cuti sekolah nanti.

5. Penguatkuasaan

Maksud :perihal menguatkuasakan sesuatu

Contoh Ayat

Melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas , kemalangan jalan raya akan  dapat  dikurangkan semasa musim cuti perayaan.

6. Pengantarabangsaan

      Maksud :perihal atau usaha mengantarabangsakan

Contoh Ayat

Pengantarabangsaan bahasa Malaysia perlukan dilakukan melalui pelbagai cara dengan  penuh iltizam.

7. Keibubapaan

Maksud : sifat atau hal yg berkaitan dengan ibu bapa

Contoh  Ayat

Kemahiran keibubapaan adalah kemahiran asas dan utama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.

8. Ketatabahasaan

Maksud :hal yang berkaitan dengan tatabahasa

Contoh Ayat

Aspek ketatabahasaan perlu ditekankan semasa membina ayat agar ayat yang dibina akan   menjadi lebih gramatis.

9. Kewarganegaraan

Maksud :kerakyatan sesebuah negara

Contoh Ayat

Kewarganegaraan seseorang itu akan dilucutkan jika didapati dia mempunyai kerakyatan  negara lain.

10. Kedayaserapan

Maksud :Keupayaan suatu bahan menyerap bahan lain atau menyerap tenaga.

Contoh Ayat

Lampin pakai buang kanak-kanak perlulah mempunyai kedayaserapan yang tinggi agar kanak-kanak berasa selesa semasa memakainya.

11. Kesukarelaan

Maksud :sikap sukarela

Contoh Ayat

Seseorang yang bergiat aktif dalam pertubuhan kebajikan mestilah mempunyai semangat  kesukarelaan yang tinggi.

12. Keantarabangsaan

Maksud :keadaan sesuatu yang bersifat antarabangsa.

Contoh Ayat

Sikap keantarabangsaan pemimpin negara kita telah memudahkan hubungan negara  Malaysia ke seluruh dunia.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: