Archive for the ‘TINGKATAN 4’ Category

Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa (Bina Ayat)

Membina Ayat

1. Ayat yang dibina mestilah lengkap dari segi subjek dan predikat.

2. Ayat tersebut mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.

3. Jika ayat tersebut terdiri daripada ayat perintah atau ayat tanya, ayat tersebut mestilah dibina dalam bentuk ayat cakap ajuk.

4. Pelajar tidak boleh menambah imbuhanj atau membuang imbuhan pada perkataan yang diberikan.

5. Elakkan sebarang kesalahan ejaan atau bahasa ketika membina ayat.

6. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa.

Contoh kesalahan membina ayat

1. Ayat tidak gramatis.

2. Ayat tidak menggambarkan makna yang jelas.

3. Ayat tidak tepat maksudnya.

4. Menambahkan imbuhan pada perkataan.

5. Kesalahan ejaan dalam ayat.

6. Perkataan digunakan sebagai peribahasa.

Perdagangan-Tingkatan4-Bab7-Pelaburan

Bab 7

 

Pelaburan

Pelaburan

 

  1. Pelaburan merupakan usaha mengangguhkan penggunaan pada masa sekarang untuk mengharapkan pulangan atau untung pada masa hadapan . Tujuan pelaburan ialah untuk :
  1. Mendapatkan pulangan dalam bentuk pendapatan semasa
  2. Menambahkan nilai keuntungan modal

2.   Perbezaan antara pelabur dan spekulator :

  1. Pelabur

-          Menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan diveden

-          Berhati-hati dalam pelaburan dengan mengumpulkan maklumat lanjut sebelum membeli saham sesebuah syarikat

-          Melabur untuk jangka masa panjang

-          Harga saham lebih kukuh

b.   Spekulator

-    menerima pulangan dalam bentuk perbezaan antara harga jualan

-    pelabur melabur atas ramalan harga dan khabar angina tentang

perubahan harga

-          melabur untuk tempoh masa pendek

-          menyebabkan harga saham turun naik

 

Jenis-jenis Pelaburan

 

1        Jenis-jenis pelaburan yang popular ialah

-          Akaun simpanan tetap

-          Saham

-          Harta tanah

-          Unit amanah

2        Akaun Simpanan tetap

-          Juga dikenali sebagai akaun pelaburan

-          Selamat

-          Risiko pelaburan rendah

-          Kadar faedah dibayar pada tarikh matang pelaburan

-          Sesuai untuk melabur jumlah wang yang tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu

3        Saham

-          terdiri daripada dua jenis , iaitu saham yang disenaraikan dan saham yang tidak disenaraikan

-          merupakan nilai keseluruhan syer yang telaha dibayar

-          ada dua jenis syer , iaitu

a.   Syer biasa

-    dibayar kadar dividen yang tidak tetap dan selepas

pembayaran kepada syer keutamaan

-    berhak untuk mengundi tetapi berisiko  tinggi

b.   Syer keutamaan yang termasuklah

-    Syer kumulatif

-    Syer penyertaan

-    Syer boleh tebus

-    Syer boleh tukar

4        Pulangan atas pelaburan saham bergantung pada

-          keuntungan modal

-          diveden atau pembahagian keuntungan tahunan

-          syer bonus atau syer tambahan secara percuma

5        Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur

-          memberikan maklumat saham yang terkini melalui media massa dan telekomunikasi .

-          membolehkan syer dipindah milik dan ditunaikan

-          membantu syarikat-syarikat umum berhad mengumpulkan modal tambahan

-          memastikan kewujudan harga syer yang realistik dan benar

-          melindungikepentingan pelabur

-          mengelakkan penipuan dan penyelewegan pelaburan

6        Faktor-faktor yang mempergaruhi harga saham

-          jumlah permintaan dan penawaran saham di pasaran

-          factor spekulasi

-          factor ekonomi

-          polisi kerajaan / politik

-          prospek dan pencapaian syarikat

-          kecekapan pentadbiran dan pengurusan

-          perubahan kadar bunga daripada simpanan di bank-bank perdangangan dan syarikat kewangan

-          peluang pelaburan yang lain

7        Cara membeli syer

-          pelabur / pembeli menghubungi broker

-          arahan untuk membeli syer yang diingini

-          broker mencari penjual di BSKL

-          menandatangi kontrak belian

-          pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit

-          proses pindah milik dikendalikan

-          pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli

8        Cara menjual syer

-          penjual menghubungi broker

-          arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu

-          broker mencari pembeli di BSKL

-          menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik

-          menyerahkan sijil syer

-          mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut

9        Faedah membeli saham

-          peluang mencapai pertumbuhan modal

-          memperoleh pendapatan dalam bentuk dividen

-          kecairan pelaburan

-          berpeluang untuk memiliki hak tertentu

10    Unit Amanah merupakan jenis pelaburan untuk orang ramai oleh syarikat pelaburan yang professional .

-          tiga jenis pelaburan dalam unit amanah , iaitu amanah saham , amanah harta tanah dan gilts

-          pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelaburan saham

 

Panduan Am untuk Melabur

 

1        Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :

-          risiko dalam pelaburan

-          pulangan daripada pelaburan modal

-          mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan

-          maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan

-          modal yang miliki

-          berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati

2        Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti

-          melabur dalam bidang yang dikenali

-          jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain

-          dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa

-          jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan

-          amalkan sikap sabar dan berhati-hati

-          tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

Perdagangan-Tingkatan4-Bab6-Pemilikan Perniagaan

Bab 6

Pemilikan Perniagaan

Memulakan Perniagaan

 

  1. Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan:

-          Memulakan sendiri

-          Francais

-          Diundang

-          Warisan

-          Pengambilalihan

 

  1. Sebelum memulakan perniagaan, seseorang usahawan perlu memilih jenis milikan bagi perniagaannya
  2. Milikan perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan bergantung pada keupayaan serta modal yang ada padanya
  3. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan perniagaan ialah:

-          jenis dan milikan perniagaan

-          modal

-          lokasi

-          pengetahuan dan pengamalan

-          bekalan

-          undang-undang

  1. seseorang usahawan patut mempunyai pengendalian dan kawalan perniagaan yang lengkap
  2. pengendalian dan kawalan perniagaan melibatkan perkara yang berikut:

-          pengurusan stok

-          pengurusan kewangan

-          pengurusan sumber manusia

-          pengurusan masa

-          pengawalan risiko perniagaan

-          pengurusan maklumat

 

 

Milikan Tunggal

 

  1. Ciri-ciri milikan tunggal:

-          dimiliki oleh individu secara bersendirian atau perseorangan

-          mudah ditubuhkan kerana tidak perlu mematuhi syarat penubuhan yang ketat

-          pemilik menentukan dan melaksanakan semua dasar dan keputusan tentang perniagaan

-          pemilik hanya membayar cukai pendapatan peribadi yang rendah berbanding dengan syarikat berhad yang mesti membayar cukai syarikat

-          pemilik akan menangung liabiliti yang tidak terhad

2.    Kebaikan-kebaikan milikan tunggal :

                  –    memerlukan jumlah modal yang kecil

-          mudah ditubuhkan

-          mudah dikawal dan diuruskan

-          pemilikan bebas mentadbirkan perniagaan mengikut kehendak sendiri

-          keuntungan dikenakan cukai pendapatan peribadi

-          mempunyai insentif untuk bekerja keras

-          boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan

-          mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan

-          memberi pekerjaan kepada ahli keluarga

-          dapat memberi kredit kepada pelanggan

  1. Kelemahan-kelemahan milikan tunggal :

-          Menanggung liabiliti tidak terhad

-          Modal yang terhad menyekat perkembangan perniagaan

-          Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja

-          Perniagaan mungkin tidak berterusan

-          Beban kerja yang berat

-          Tidak dapat menikmati kebaikan perniagaan runcit besar-besaran

-          Menganggung segala risiko perniagaan

 

 

 

 

Perkongsian

 

  1. terdapat dua jenis perkongian iaitu :

-          perkongsian berhad

-          perkongsian biasa

  1. Sebab-sebab perkongsian ditubuhkan :

-          untuk mengurangkan persaingan

-          untuk mengumpulkan modal yang lebih besar

-          untuk mendapatkan pengetahuan , pengalaman dan kemahiran peniaga-peniaga lain

-          untuk menyebarkan risiko perniagaan kepada lebih banyak pihak

  1. Kebaikan-kebaikan perkongsian

-          mudah ditubuhkan

-          mudah mengumpulkan modal yang besar

-          risiko perniagaan dapat disebarkan

-          beban cukai pendapatan yang rendah

-          pembahagian kerja dan pengkhususan

-          liabiliti terhad bagi pekongsi berhad

  1. Kelemahan-kelemahan perkongsian

-          tindal-tanduk seseorang perkongsian melibatkan semua pekongsi lain

-          modal masih terhad

-          kewujudan perkongsian tidak kekal

-          liabiliti yang tidak terhad

-          kemungkinan berlakunya perselisihan

 

Syarikat Awam Berhad

 

  1. Ciri-ciri syarikat awam berhad

-          dapat ditubuhkan oleh dua orang dan tidak ada ha maksimum tetapi bergantung pada jumlah syer yang diterbitkan.

-          Orang awan dapat memiliki syarikat awam berhad dengan membeli syer-syer syarikat .

-          Mendapatkan modal daripada orang ramai melalui penjualan syer-syer yang bernilai tetap

-          Dikawal dan ditadbir oleh satu lembaga pengarah . Ahli ahli dalam lembaga pengarah dilantik oleh para pemegang syer dalam satu mesyuarat agung tahunan .

-          Keuntungan dikenakan cukai syarikat

-          Mesti mengadakan mesyurat agung tahunan

-          Akaun-akaun syarikat awam berhad wajib diaudit dengan sempurna oleh akauntan bertauliah dan satu salinan mesti dihantar kepada Pendaftar Syarikat pada setiap tahun .

  1. kebaikan syarikat awam berhad

-          mengangung liabiliti terhad

-          mudah mengumpulkan modal yang banyak

-          kewujudan lebih kekal

-          syer syarikat mudah dipindah milik

-          menikmati ekonomi bidangan

  1. Kelemahan syarikat awam berhad

-          penubuhan lebih rumit dan mahal

-          pengurusan lebih rumit

-          milikan dan pengurusan adalah terpisah

-          Hal-Ehwal syarikat terdedah kepada awam

-          Menanggung cukai yang tinggi

-          Terikat dengan Akta Syarikat

-          Kemungkinan wujud penyalahgunaan kuasa oleh Lembaga Pengarah

 

Syarikat Sendirian Berhad

 

  1. ciri-ciri syarikat sendirian terhad

-          mempunyai taraf perundangan sendiri iaitu terpisah daripada para pemegang syer , dan boleh bertindak atas namanya sendiri dalam urusan pembelian harta , membuat perjanjian , mendakwa , dan didakwa

-          boleh dibentuk oleh minimum 2 orang dan maksimum 50 irang oemegang sye

-          tidak menjual syernya kepada orang ramai

-          tidak diwajubkan untuk pengetahuan orang ramai

  1. kebaikan syarikat sendirian berhad

-          lebih mudah dan mudah ditubuhkan

-          liabilitipemegang syer terhad

-          Hal-Ehwal syarikat diumumkan

-          Modal yang besar

-          Kewujudan kekal

 

 

  1. kelemahan syarikat sendirian berhad

-          modal terhad

-          bilangan pemegang syer terhad

-          syer tidak boleh disenaraikan di bursa saham

-          penjualan dan pindah milik syer yang tinggi

-          menanggung cukai syarikat yang tinggi

-          perpisahan antara pemilikan dengan pergurusan

-          penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah

 

 

Perbadanan Awam

 

  1. Ciri-ciri Perbadanan Awam

-          Ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen dan dimiliki sepernuhnya oleh kerajaan

-          Bertujuan untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan penting dan kemudahan-kemudahan asas kepada orang awam ; contoh : Jabatan Kerja Raya dan MARA

-          Biasanya diletakkan di bawah kawalan seorang menteri yang bertanggungjawab kepada orang awam

-          Tidak bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi kemudahan kepada orang awam

  1. Kebaikan Perbadanan Awam

-          menyediakan kemudahan asas dan pekhidmatan kepada semua anggota masyarakat

-          sanggup menawarkan perkhidmatan penting yang rendah pulangan

-          pengkhususan dan pembahagian kerja

-          mudah mendapatkan modal

-          menikmati ekonomi bidangan

-          menyediakan perkhidmatan ekonomi secara monopoli

-          tiada pembaziran sumber

  1. Kelemahan Perbadanan Awam

-          ketidakcekapan kerana tidak menghadapi persaingan

-          penentuan dasar dipengaruhi oleh factor politik

-          diuruskan oleh kakitangan bergaji

-          pengawalan dan pengurusan rumit

-          sumber tidak digunakan dengan kemampuan maksimum

 

Koperasi

 

  1. ciri-ciri koperasi :

-          menjalankan perniagaan untuk memberi faedah ekonomi sosial untuk ahli-ahlinya

-          sekurang-kurangnya 100 orang asli mesti hadir dalam mesyuarat penubuhan koperasi

-          mendapat modal daripada ahlinya dalam bentuk syer

-          semua ahli mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak kira jumlah syer yang dimilikinya

-          mesyuarat agung tahunan mesti diadakan

-          menjual barang-barang kepada ahli-ahlinya dan kepada orang ramai yang bukan ahli

-          sebahagian daripada lebihan iaitu keuntungan akan disimpan sebagai rizab. Bakinya akan dibayar dalam bentuk dividen langganan .

  1. kebaikan koperasi :

a)   Kepada koperasi :

-          mempunyai pelangan-pelangan tetap

-          menikmati kebaikan perniagaan secara besar-besaran

-          keuntungan dikecualikan daripada cukai keuntungan

b)   Kepada ahli

-          penyingkiran orang tengah

-          harga barang yang berpatutan

-          menikmati faedah liabiliti terhad

-          mendapat bunga atas modal

-          mendapat rebat atas belian atau dividen

3.   Kelemahan koperasi

-          pemilikan dan pengurusan adalah terpisah

-          ahli lembaga pengarah sentiasa berubah

-          pertentangan pendapat dan besar

-          nilai pemilikan syer individu terhad

 

Penswastaan

 

  1. Penswastaan ialah pemindahan milik sesuatu perbadanan awam kepada sektor swasta . Kerajaan yang memiliki perbadanan awam menjual milikannya kepada swasta .
  2. Kebaikan penswastaan kepada kerajaan :

-          mengurangkan beban pernelanjaan tahunan kerana bilangan kakitangan turut berkurangan

-          kerajaan dapat mengutip lebih banyak hasil melalui cukai atas keuntungan syarikat swasta yang diwujudkan

-          kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada sektor-sektor ekonomi lain

3.   Kebaikan penswastaan kepada masyarakat :

-          Perbadanan awam yang diswastakan per bersaiang dengan syarikat-syarikat swasta lain . Oleh itu , perlu meningkatkan mutu perkhidmatan atau barang keluaranya kepada orang ramai

-          Harga barangan mungkin akan jatuh akibat daripada persaingan .

Perdagangan-Tingkatan4-Bab5-Industri Kecil dan Sederhana

Bab 5

Industri Kecil dan Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana

 

  1. Ini melibatkan proses pembuatan , pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang-barang siap .
  2. IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat .
    1. IKS merupakan syarikat perkilangan yang memounyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta . Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .
    2. (a) Industri kecil :

-          Mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja

-          Memiliki nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM10 juta

(b) Industri sederhana :

-     mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang

pekerja

-     memiliki nilai jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta

5.    Ciri-ciri IKS

  1. Modal kecil
  2. Teknologi pengeluaran yang terhad / rendah
  3. Jenis keluaran : Menghasilkan barang keperluan harian pengguna seperti makanan , perabot , tekstil dan kraf tangan serta komponen dan alat ganti untuk industri besar .
  4. Organisasi : Diasaskan oleh keluarga dan dibantu oleh ahli-ahlinya keluarga , saudara-mara dan beberapa pekerja lain .
  5. Lokasi : Terletak di merata-rata tempat seperti di rumah kediaman , pinggir bandar , desa atau luar bandar .
  6. Pekerja yang separuh mahir .

6.    Kegiatan IKS :

  1. Industri berasaskan sumber

-          bergantung pada bahan-bahan mentah yang mudah diperolehi dalam tempatan

-          contoh : rotan , untuk membuat perabot

  1. Industri berasaskan logam

-          melibatkan aktiviti pembuatan dari segi kimpalan , faundari , dan mesin

-          menghasilkan komponen untuk industri berat dan industri pembinaan

-          contoh : skru , bingkai besi dan paku

  1. Industri berasaskan plastik

-          melibatkan teknologi pembuatan dalam industri petrokimia .

-          contoh : perhiasan plastik , tayar , dan kompmnen plastik .

  1. Industri berasaskan elektrik dan elektronik

-          mendapat bantuan teknologi dalam pembuatan elektrik dan elektronik daripada syarikat besar

-          menghasilkan komponen yang diperlukan .

-          contoh : suis , kapasitor , dan papan litar .

  1. Industri komponen automotif

-          menghasilkan komponen yang diperlukan melalui pangaturan kontrak khas dan subkontrak .

-          contoh : lampu kereta , bateri kereta , dan bumper kereta .

  1. Industri pempromosesan makanan

-          berasakan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan .

-          contoh : mengawetkan makanan , biskut , dan gula-gula .

  1. Industri pembuatan lain

-          merangkumi industri kimia dan farmaseutikal .

-          contoh barangan industri kimia ialah keluaran petrokimia seperti cat dan keluaran petroleum lain .

-          contoh barangan industri farmaseutikal ialah ubat-ubatan .

Kepentingan IKS :

  1. Kepentingan IKS

-          membekalkan peluang pekerjaan

-          menggantikan barangan import

-          memnuhi pasaran tempatan

-          memaksimumkan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan

-          menjimatkan pertukaran mata wang asing

-          menjadi teras kepada aktiviti-aktiviti perniagaan mencipta dan mengagihkan pendapatan

-          meninggikan taraf hidup masyarakat

2.    Kepentingan IKS menguntungan tiga pihak yang utama , iaitu

-          tenaga kerja / penduduk setempat

-          masyarakat

-          negara

  1. Usahawan merupakan perangsang umata dalam perkembangan IKS . Usahawan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran yang lain , iaitu tanah , modal , dan buruh dalam IKS .

Kaitan antara IKS dengan Industri Berat

 

  1. IKS menghasilkan barang-barang keluaran yang digunakan sebagai bahan mentah oleh industri berat . Industri berat tidak dapat mengeluarkan semua bahan input dengan pengeluaran sendiri .
  2. Perkaitan antara IKS dengan industri berat membawa kepada perkara-perkara berikut :

-          Pengkhususan antara industri

-          Rangkaian pemasaran yang rapat

-          Pemindahan teknologi antara industri

-          Pengubahsuaian dan pembaharuan dalam keluaran

-          Ekonomi bidangan kepada industri berat

-          Perkembangan infrastruktur

  1. Tiga jalinan utama antara IKS dan industri berat ialah
    1. Pemasaran bersepadu

-          merupakan perlindungan daripada industri besar dari segi bayaran segera dan pesanan / pasaran tetap .

-          juga dikenali sebagai ‘Konsep Payung’

-          membantu IKS memperoleh modal pusingan untuk meneruskan operasi pengeluaran dan meningkatkan mutu keluaran .

  1. Pengaturan kontrak khas

-          melibatkan perjanjian antara IKS dengan industri besar

-          IKS membekalkan komponen mengikut keperluan yang ditetapkan oleh industri besar .

-          Menjamin pasaran keluaran IKS dan mendapat modal untuk menggembangkan operasi pengeluaran .

-          Mewujudkan peluang pekerjaan

  1. Subkontrak

-          industri besar mengenakan cirri-ciri spesifikasi barang ke atas keluaran IKS

-          industri besar memberi kemudahan pembiayaan dari segi kredit , pembelian bahan-bagan mentah dan pengangkutan kepada IKS yang berkenaan .

-          Contoh : Skim Perniagaan Vendor .

Masalah IKS

 

  1. IKS menghadapi masalah-masalah berikut :
    1. masalah pemasaran
    2. persaingan hebat daripada pelaksanaan AFTA
    3. masalah kewangan dan kredit
    4. masalah pengurusan dan pentadbiran
    5. masalah teknikal
    6. kawalan mutu keluaran
    7. masalah lokasi
    8. masalah kekurangan bahan mentah
    9. hubungan dengan industri berat
    10. Masalah-masalah tersebut menjelaskan perkembangan dari segi :
      1. tahap produktiviti
      2. liputan pasaran di dalam dan luar negeri
      3. kaedah pengeluaran
      4. faedah berbanding
      5. mutu keluaran
      6. kekalan / kekuatan undustri dalam pasaran
      7. kecekapan ekonomi IKS
      8. Cara-cara mengatasi masalah IKS :
        1. program rantaian industri
        2. program pembangunan infrastuktur untuk menyediakan tapak perkilangan
        3. program pembangunan dan peningkatan
        4. program peyelidikkan dan pembangunan
        5. pembangunan pemasaran
        6. program bantuan kewangan

Perdagangan-Tingkatan4-Bab4-Perniagaan Antarabangsa

Bab 4

 

Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan Antarabangsa

 

  1. Perniagaan luar negeri ialah perniagaan yang berlaku antara penduduk sesebuah negara lain , iaitu urus niaga yang dilakukan melintasi sepadan sesebuah negara
  2. Perniagaan ini melibatkan kegiatan import , eksport , enterport melibatkan pertukaran wang asing
  3. Sebab-sebab wujudnya perniagaan antarabangsa :
  4. Perbezaan sumber semula jadi
  5. Perbezaan iklim dan jenis tanih
  6. Faedah berbanding dalam pengeluaran
  7. Perbezaan cita rasa dan keperluan pengguna
  8. Peningkatan taraf hidup masyarakat
  9. Budaya masyarakat
    1. Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada :
    2. Pengguna

-          memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

-          menambahkan pilihan barang dan pekhidmatan

-          barang bermutu pada harga rendah

-          meninggikan taraf hidup pengguna

  1. Pengeluar

-          menggalakkan penkhususan dan pengeluaran secara besar-besaran

-          pasaran yang luas membolehkan pengeluaran menambah keluaran dan keuntungan

-          pertukaran teknologi dan pengetahuan

-          menambahkan bekalan bahan mentah

  1. Negara

-          menambahkan pendapatan negara

-          memupuk sefahaman dan kejersama 2 hala

-          menggalakkan pengkhususan antarabangsa

-          menambahkan pertukaran mata wang asing

-          mengatasi masalah kekurangan sumber alam

-          memberikan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mangatasi masalah penganguran

Perniagaan Import , Eksport dan Entreport

 

  1. Perniagaan antarabangsa melibatkan urus niaga import , eksport dan entreport .
  2. Perniagaan antarabangsa mengakibatkan pertukaran barang atau perkhidmatan dengan suatu tingkat harga tertentu .
  3. Perniagaan import merupakan pertukaran hak milik barang atau pekhidmatan melalui sempadan politik untuk memenuhi kehendak pengguna tempatan . Petukaran wang asing membolehkan pengguna menikmati barangan asing .
  4. Perniagaan eksport berlaku apabila peniaga tempatan mengeksport barang keluaran ke pasaran antarabangsa untuk merebut keuntungan dan memenuhi permintaan pengguna asing .
  5. Perniagaan enteport melibatkan pengimportan barang-barang asing untuk diproseskan sebelum dieksport semula ke negara-negara asing .
  6. Saluran eksport :

-                Eksport secara langsung

-                Pejabat cawangan di negara pengimport

-                Ejen komisen wakil atau komisen

-                Wakil atau pengembara dangangan antarabangsa

-                Rombongan dangangan ke luar negeri

-                Saudagar eksport

7.  Saluran import

-         import secara lansung

-         pejabat cawangan pengeksport

-        ejen komisen

-         saudagar import

-         wakil atau pengembara dagangan

-          pameran atau petunjukan dagangan

  1. Halangan dalam perniagaan antarabangsa

a. prosedur kastam dan sekatan

- tarif dan duti lindungan

- kuartor

- embargo

b. penggunaan bahasa yang berlainan

c. penggunaan mata wang yang berlainan

d. sukatan , ukuran , dan timbangan yang berbeza

e. cara pembayaran berbeza

f. banyak dokumentasi yang rumit

g. risiko yang tinggi

h. perbezaan piawaian barang

i. situasi politik sukar diramalkan

j. kebudayaan dan cita rasa yang berbeza

11. Antara bantuan kerajaan kepada pengeksport adalah seperti yang berikut

a. menubuhkan pusat perdangangan eksport malaysia (MEXPO)

b. menubukan institut peyelidikan

c. mengadakan kawasan perdagangan bebas

d. memberi taraf perintis dan alaun eksport

e. mengadakan rombongan perdagangan keluar negeri

f. menubuhkan bahagian perdagang antarabangsa

g. memberi jaminan kredit eksport (MECIB)

h. mengadakan perjanjian dan kerjasama dengan Negara lain

i. mengadakan pameran atau ekspo dagangan di luar negeri

j. mengadakan kemudahan ‘dry port

Dokumen Perniagaan Antarabangsa

 

  1. Tergolong dalam 5 kumpulan iaitu :

-          dokumen perniagaan

-          dokumen pengangkutan

-          dokumen insyuran

-          dokumen kastam

-          dokumen pembayaran

  1. Dokumen perniagaan merupakan dokumen secara rasmi antara pengimport dan pengeksport iaitu :

-          inden

-          invois

-          konsular

-          invois eksport

-          sijil asal usul

  1. Dokumen pengangkutan merupakan dokumen bertulis untuk menyusun dan mengankut barang-barang dalam perniagaan antarabangsa .

Dokumen itu termasuklah :

-          bil udara

-          bil muatan

-          nota perkapalan

  1. Bil udara ialah dokumen penghantaran barang dengan pengangkutan udara . Dokumen itu juga digunakan sebagai bukti penerimaan barang , bukti kontrak , nota serahan , dan nota makluman .

-          tidak boleh digunakan sebagai cagaran

-          bukan dokumen kah milik barangan

  1. Bil muatan ialah dokumen penghantaran barangan dengan pengangkutan laut .

-          Merupakan dokumen hak milik barang

-          Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman bank

-          Mencatat barang-barang kerosakan

-          Dua jenis bil muatan , iaitu bil bersih dan bil kotor

  1. Nota perkapalan dihantar kepada pihak Lembaga Pelabuhan untuk

-          memunggahkan barang ke kapal yang berkenaan

-          meyantakan jumlah barang yang dihantar dan jenis barangan

  1. Dokumen insyurans , iaitu polisi insyuran merupakan pelindungan kepada barang-barang dalam perjalanan pengangkutan sehingga sampai ke destinasinya
  2. Dokumen kastam sepaerti borang perakuan kastam untuk barang yang tidak dikenakan cukai import dan barang yang dikenakan cukai imbport .
  3. Dokumen pembayaran termasuklah

-          bil perintah

-          kredit berdokumen

-          surat cagaran

Perdagangan-Tingkatan4-Bab3-Perniagaan Dalam Negeri

Bab 3

Perniagaan Dalam Negeri

Perniagaan Dalam Negeri

 

  1. Perniagaan dalam negeri meliputi semua aktiviti menjual dan membeli yang berlaku dalam negara yang sama.
  2. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada.
  1. Perniagaan runcit
  2. Perniagaan borong

 

 

Saluran Agihan

1        Perniagaan dalam negeri memerlukan saluran agihan untuk mengagihkan barang-barang keluaran kilang sehingga ke tangan pengguna akhir.

2        terdapat 4 jenis saluran agihan:

  1. Pengeluar > Pengguna
  2. Pengeluar > Peruncit > Oengguna
  3. Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna
  4. Pengeluar > Ejen > Pemborong > Peruncit > Pengguna

3        Pemilihan jenis saluran agihan bergantung sifat barang , kadar penggunaan sesuatu barang , dan saiz pasaran yang terlibat .

Perniagaan Runcit

1        Perniagaan runcit merujuk kepada urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil

2        Fungsi-fungsi peruncit :

  1. menjual beraneka jenis barang
  2. menjual dalam kuantiti yang kecil mengikut kehendak pengguna
  3. berdekatan dengan kawasan perumahan (pelanggan)
  4. memberi nasihat kepada pelanggan
  5. menyampaikan maklumat kepada pemborong dan pengeluar
  6. menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan
  7. menyediakan perkhidmatan selepas kredit
  8. mengagihkan barang bagi pihak pengeluar dan pemborong
  9. meyinpan dan mempamerkan stok

3   Terdapat 2 jenis perniagaan runcit iaitu perniagaan runcit kecil-kecil dan pernaigaan runcit besar-besaran .

4   Bentuk-bentuk perniagaan runcit kecil-kecilan :

a.    kedai tunggal am dan kedai tunggal khas

b.    tanpa kedai seperti penjaja dan pegerai

5   Perniagaan runcit besar-besaran

  1. pasaraya
  2. kedai sejaras
  3. kedai aneka jabatan
  4. koperasi runcit

6        Bentuk peruncitan lain :

  1. pesanan mel
  2. jualan langsung
  3. mesin peruncitan automatic
  4. francais
  5. E-dagang
  6. Televisyen interaktif
  7. Kedai catalog

7        Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan

  1. Memerlukan modal perniagaan yang besar
  2. Mudah ditubuh
  3. Pengurusan dan pentadbir tidak rumit
  4. Membeli secara kecil-kecilan daripada pemborong
  5. Memberi layanan peribadi

8   Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran :

a.   Barang dibeli secara pukal daripada pengeluar

b.   Membayar tunai atau dengan segera

c.   Mengamal pengkhususan dan pembahagian kerja

d.  Jualan tunai dan sistem layan diri

e.   Menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan seperti                                                              tempat letak kereta , lif , troli , penghawa dingin dll

 

 

 

Perniagaan Borong

1        Perniagaan borong ialah kegiatan membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mejual dalam kuantiti yang dikehendaki oleh peruncit .

2        Fungsi pemborong :

  1. membeli barang secara pukal dan memecah pukal
  2. mengadakan kemudahan pergudangan
  3. membiayai pengeluar dan peruncit
  4. menyumbangkan maklumat tentang pasaran
  5. menyediakan kemudahan pengangkutan
  6. menyediakan barang-barang untuk dijual
  7. mengadakan promosi

3        Pemborong dapat disingkirkan apabila :

  1. Timbulnya arah aliran baru dalam perniagaan runcit
  2. Wujud perniagaan runcit besar-besaran
  3. Tertubuhnya koperasi-koperasi oleh pengguna dan penggeluar
  4. Pengeluar membuka kedai runcit sendiri
  5. Barang-barang mesti dibuat mengikut arahan atau tempahan khas pelanggan
  6. Pengeluar melantik ejen sendiri
  7. kerajaan menubuhkan lembaga pemasaran untuk membantu para petani memasarkan hasil-hasil mereka
  8. barang-barang amat mahal dan tidak mempunyai permintaan yang tetap seperti kereta api , kapal terbang , dan kapal tangki

 

Dokumen Peniagaan dalam Negeri

  1. Peringkat sebelum proses jual beli :
  1. Jurnal perniagaan
  2. Surat pertayaan
  3. Senarai harga
  4. Sebut harga
  5. Risalah
  6. Catalog
  7. Pesanan
  8. Surat rujukan perniagaan
  9. Nota maklumat
  10. Nota serahan
  11. Nota kiriman
  12. Invois
  13. Invois proforma
  14. Nota debit
  15. Nota kredit
  1. Peringkat semasa proses jual beli :

3         Peringkat selepas jual beli :

  1. Penyata akaun
  2. Resit

4        Butir-butir lain dalam dokumen perniagaan dlam negeri termasulah :

  1. Diskoun harga

-          Potongan haraga daripada harga dalam senarai harga , sebut harga , atau katalog .

-          Diberikan dalam bentuk peratus dan akan ditolak terus daripada jumlah harga dalam invois .

  1. Diskaun tunai

-          Potongan wang tunai yang diberikan kepada pelanggan untuk menggalakannya menjelaskan hutangnya dengan segera .

-          Ditolak daripada jumlah hutang atau harga bersih dalam invois semasa pembayaran dijelaskan

  1. Masa serahan

-          serahan hadapan

-          serahan sedia

-          serahan segera

  1. Syarat serahan

-          angkutan dibayar

-          angkutan hadapan

-          kos , insyuran , tambang

-          percuma ke dalam kapal

-          angkutan tambahan

-          tanpa kerja dan tanpa gudang

-          loko

-          percuma ke dalam gerabak

-          percuma di sisi trak

-          percuma smapai dermaha

  1. Syarat pembayaran

-          bayar waktu terima (B.W.T)

-          tunai waktu pesanan (T.W.P)

-          tunai segera atau bayaran segera

-          tunai bersih atau bayaran bersih

 

 

 

Kaedah Jualan

 

  1. Jualan tunai melibatkan pertukaran hak milik barangan dengan bayaran tunai kepada peniaga . Tanpa bayaran yang mengcukupi , seseorang pelanggan tidak dapat menikmati sesuatu barangan .
  2. Jualan kredit diberikan kepada pelanggan yang membeli dengan kemudahan kredit untuk tempoh masa tertentu . Jualan kredit terdiri daripada sewa beli dan bayaran tertunda .
  3. Jualan prabayar meminta pelanggan membayar sejumlah bayaran sebelum perkhidmatan perniagaan dijalankan . Amalan ini popular untuk perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan . Contohnya , kad telefon .
  4. Jualan konsainan merujuk kepada perniagaan yang bergantung pada jumlah jualan . Peniaga diberi komisen oleh pembekal berdasarkan nilai urus niaga semasa .

Perdagangan-Tingkatan4-Bab2- Unsur Perdagangan

Bab 2

Unsur Perdangangan

Perdangangan

 

1              Perdagangan dapat didefinisikan sebagai segala kegiatan yang berkaitan dengan pembelian , penjualan , dan pengagihan barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa , tempat , kuantiti , dan harga tertentu . Kegiatan perdangangan ini dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna .

2              Perdangangan terdiri daripada dua bidang iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan . Rajah berikut dapat merumuskan perdagangan dan bidang-bidangnya .


Perniagaan

 

1        Perniagaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan .

2        Perniagaan dapat digolongkan kepada dua :

1        Perniagaan dalam negeri

2        Perniagaan luar negeri

 

Bantuan Perniagaan

Bantuan-bantuan perniagaan ini terdiri daripada perkhidmatan , bank , pengangkutan , komunikasi , insyurans , promosi , dan pergudangan .

Perkhidmatan Bank

1        Menyediakan pelbagai urusan peyimpanan , pembayaran dan penerimaan wang secara kancar , selamat , dan cepat .

2        Bank juga menyediakan pelbagai jenis pembiayaan kewangan kepda peniaga yang memerlukan wang tunai ataupun mengalami kekurangan modal .

Perkhidmatan Insyuran

1        Insyuran da[at memberikan perlingdungan kepada peniaga terhadap pelbagai risiko yang boleh merugikan peniaga ialah risiko harian yang dihadapi oleh peniaga ialah risiko kecurian , kebakaran , kemalangan , dan pecah amanah .

2        Peniaga mendapat ganti rugi sekiranya risiko itu telah berlaku

Promosi

Promosi membantu peniaga dengan pelbagai cara seperti yang berikut :

  1. Memperkenalkan keluaran dan perkhidmatan baru kepada pengguna
  2. Promosi yang berulangan dapat mengigatkan pengguna tentang barang-barang lama di pasaran . Dengan ini , promosi dapat mengekalkan permintaan terhadap sesuatu barangan
  3. Mempengaruhi pengguna supaya setia kepada jenama tertentu .

Pergudangan

1        Pergudangan membantu pengeluaran yang menghasilkan barangan lebih awal daripada permintaan . Dengan menyimpan barang lebihan dalam gudang , barangan dapat dipasarkan secara beransur-ansur mengikut permintaan .

2        Selain dapat menyimpan barang dengan selamat , pergudangan dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran dan seterusnya menstabilkan harga barang .

Pergangkutan

1        Pergangkutan melibatkan pemindahan barang-barang lebihan dari pengeluar ke tempat-tempat yang memerlukan barang tersebut .

2        Pergangkutan yang cekan dan berkesan dapat mempercepatkan proses perniagaan dan juga memperluaskan pasaran .

Kaitan antara Pengeluar , Perdagangan , dan Perniagaan

  1. 1.      Pengeluaran perdangangan dan perniagaan mempunyai hubungan rapat kerana fungsinya bergantung antara satu sama lain .
  2. 2.      Pengeluaran ialah proses penciptaan nilai faedah melalui penghasilan barang dan perkhidmatan .
  3. 3.      Perdagangan merupakan sebahagian daripada proses pengeluaran . Perdangangan bertangungjawab mengagih dan memindahkan barang dan perkhidmatan sehingga kepada pengguna akhir .
  4. 4.      Penguna dapat memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan yang diingini melalui urus niaga . Urus niaga ini disebut sebagai perniagaan .
  5. 5.      Perniagaan ialah salah satu cabang daripada proses perdangangan . Melalui aktiviti menjual dan membeli , pengguna dapat menikmati kepuasaan .
  6. 6.      Kaitan antara pengeluaran , perdangangan , dan perniagaan membawa kepada perkembangan sektor-sektor ekonomi dalam masyarakat .
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: