Archive for the ‘Bahasa Malaysia (Tatabahasa)’ Category

Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa (Contoh Bina Ayat 1)

Tulis ayat dengan menggunakan perkataan yang di bawah dengan menunjukkan maksud yang jelas. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. Penambahbaikan

Maksud : perihal (proses, perbuat­an, tindakan ) menjadikan bertambah baik

Contoh Ayat

Laman web ini secara keseluruhannya masih dalam proses penambahbaikan dan banyak lagi bahan yang akan dimuatnaik dari

masa ke masa.

2. Penyatupaduan

Maksud : perbuatan atau proses menyatupadukan

Contoh Ayat  

Melalui penetapan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan penyatuanpaduan kaum di negara kita berjaya dilakukan oleh pihak kerajaan.

3. Pengenalpastian

Maksud :perihal usaha me­ngenal pasti

Contoh Ayat

Maklumat itu dapat membantu pihak pentadbiran dalam proses pengenalpastian  pelajar yang memerlukan kelas pemulihan dalam bahasa Malaysia.

4. Pengubahsuaian

Maksud : perbuatan atau hal mengubah suai.

Contoh Ayat

Kerja-kerja pengubahsuaian rumah itu akan dibuat pada masa cuti sekolah nanti.

5. Penguatkuasaan

Maksud :perihal menguatkuasakan sesuatu

Contoh Ayat

Melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas , kemalangan jalan raya akan  dapat  dikurangkan semasa musim cuti perayaan.

6. Pengantarabangsaan

      Maksud :perihal atau usaha mengantarabangsakan

Contoh Ayat

Pengantarabangsaan bahasa Malaysia perlukan dilakukan melalui pelbagai cara dengan  penuh iltizam.

7. Keibubapaan

Maksud : sifat atau hal yg berkaitan dengan ibu bapa

Contoh  Ayat

Kemahiran keibubapaan adalah kemahiran asas dan utama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.

8. Ketatabahasaan

Maksud :hal yang berkaitan dengan tatabahasa

Contoh Ayat

Aspek ketatabahasaan perlu ditekankan semasa membina ayat agar ayat yang dibina akan   menjadi lebih gramatis.

9. Kewarganegaraan

Maksud :kerakyatan sesebuah negara

Contoh Ayat

Kewarganegaraan seseorang itu akan dilucutkan jika didapati dia mempunyai kerakyatan  negara lain.

10. Kedayaserapan

Maksud :Keupayaan suatu bahan menyerap bahan lain atau menyerap tenaga.

Contoh Ayat

Lampin pakai buang kanak-kanak perlulah mempunyai kedayaserapan yang tinggi agar kanak-kanak berasa selesa semasa memakainya.

11. Kesukarelaan

Maksud :sikap sukarela

Contoh Ayat

Seseorang yang bergiat aktif dalam pertubuhan kebajikan mestilah mempunyai semangat  kesukarelaan yang tinggi.

12. Keantarabangsaan

Maksud :keadaan sesuatu yang bersifat antarabangsa.

Contoh Ayat

Sikap keantarabangsaan pemimpin negara kita telah memudahkan hubungan negara  Malaysia ke seluruh dunia.

Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa (Bina Ayat)

Membina Ayat

1. Ayat yang dibina mestilah lengkap dari segi subjek dan predikat.

2. Ayat tersebut mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.

3. Jika ayat tersebut terdiri daripada ayat perintah atau ayat tanya, ayat tersebut mestilah dibina dalam bentuk ayat cakap ajuk.

4. Pelajar tidak boleh menambah imbuhanj atau membuang imbuhan pada perkataan yang diberikan.

5. Elakkan sebarang kesalahan ejaan atau bahasa ketika membina ayat.

6. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa.

Contoh kesalahan membina ayat

1. Ayat tidak gramatis.

2. Ayat tidak menggambarkan makna yang jelas.

3. Ayat tidak tepat maksudnya.

4. Menambahkan imbuhan pada perkataan.

5. Kesalahan ejaan dalam ayat.

6. Perkataan digunakan sebagai peribahasa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: