KARANGAN BAHASA MELAYU SIRI 1

Jenis Karangan: Autobiografi

Tulis sebuah karangan yang bertajuk,  ‘Aku Sebuah Labu Sayung’.

Rangka karangan

Pendahuluan

  • asal-usul
  • tanah liat
  • tempat

Isi 1

  • siap dibuat
  • dijemur dan dikeringkan

Isi 2

  • dihantar ke kedai
  • dipamer

Isi 3

  • ramai pengunjung
  • membelek-belek

Isi 4

  • dibeli dan diisi air

Penutup

  • telah lama dan bocor
  • letak di ruang tamu sebagai hiasan

2 responses to this post.

  1. Posted by Kamarul on Januari 28, 2010 at 9:56 am

    Aku sebuah labu sayung. Aku diperbuat daripada tanah liat yang diperolehi dari tebing sungai. Aku diperbuat oleh seorang pakar membuat labu sayung di Kuala Kangsar.

    Badanku dibentuk dengan teliti. Kemudian badanku diukir dengan corak bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Setelah siap, aku dijemur. Apabila kering, badanku dilicinkan dengan seketul batu. Selepas itu aku diletak di atas bara api. Beberapa minit kemudian, aku dimasukkan pula ke dalam sekam padi. Ketika itu warna badanku bertukar menjadi kehitam-hitaman.

    Selang beberapa hari, aku dihantar ke sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis kraftangan. Aku dipamer bersama-sama labu sayung yang lain. Gerai ini dikunjungi oleh ramai pembeli setiap hari. Pelbagai kerenah pembeli dapat kulihat di situ.

    Pada suatu hari, seorang wanita dan suaminya mengunjungi gerai tuan aku. Mereka berjalan ke sana ke mari di dalam gerai itu mencari-cari sesuatu barang idaman. Mereka berhenti di hadapanku lalu mengangkat aku. Mereka membelek-belek dan meraba-raba badanku. Aku berasa amat takut. Mereka berdua bersetuju untuk membeli aku.

    Mereka terus membawa aku pulang ke rumah. Setelah dibersihkan badan aku diisi dengan air. Aku diletak di atas meja makan. setiap hari, air di dalam badanku diminum anggota keluarga tuan aku. Setelah habis, air diisi semula ke dalam badanku. Aku sentiasa dibersih oleh tuan aku.

    Lima tahun berlalu, badanku bocor kerana uzur. Sejak itu, aku tidak digunakan sebagai bekas menyimpan air sebaliknya aku dijadikan hiasan ruang tamu. Aku berasa amat gembira kerana tuan aku terus menjaga aku dengan rapi bagai menatang minyak yang penuh.

    Balas

  2. Posted by Qaisarah on Januari 28, 2010 at 10:38 am

    Aku diperbuat daripada sejenis tanah yang dipanggil tanah liat. Tanah ini banyak didapati di tepi sungai. Aku dibuat dan dibentuk dengan rapi menggunakan mesin di sebuah kilang yang terletak di Perak.

    Seorang gadis telah membentuk badanku dengan cantik dan rapi. Dia juga turut mengukir dengan berbagai bentuk yang menarik. Setelah siap dibentuk dan diukir, aku kemudiannya dijemur di bawah cahaya matahari untuk dikeringkan. Semakin kering badanku semakin corak yang diukir di tubuhku timbul. Aku berasa sungguh bangga kerana gadis itu benar-benar telah melakukan kerja yang sangat rapi.Aku dikeringkan selama beberapa hari supaya badanku juga kuat.

    Setelah siap, aku dibalut dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantarkan ke sebuah kedai yang menjual barangan kraftangan. Aku disusun bersama saudaraku yang lain. Aku berasa sungguh teruja dan terasa tidak sabar menunggu untuk dilihat oleh pelawat yang datang.

    Keesokan harinya, ramai pelanggan mengunjungi kedai itu. Seorang pelanggan memuji akan kecantikan ukiran di badanku ini. Aku berasa sungguh bangga apabila dipuji. Dia kemudiannya meminta tuan kedai itu mengeluarkan aku. Aku telah dibelek dengan rasa kagum. Akhirnya pelanggan itu bersetuju membeliku.

    Aku telah dibawa balik. Aku digunakan sebagai tempat menyimpan air minuman keluarga tuan aku. Setelah beberapa lama , tuan aku telah menjadikanku sebagai barang perhiasan di atas pianonya. Setiap tetamu yang datang ke rumah tuan aku pasti akan memuji keindahan ukiran di badanku.

    Suatu hari seorang tetamu datang ke rumah tuan aku. Secara tidak sengaja tangannya telah melanggar badanku. Tetamu itu tidak sempat menyambutku. Aku terjatuh ke lantai. Aku berasa sungguh sakit di saat itu.

    Badanku pecah dan tidak boleh disambung lagi. Tuan aku telah membersihkan aku lalu membuangku ke dalam tong sampah. Berakhirlah hidupku sebagai sebuah labu sayung.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: