KEJAM SUNGGUH MANUSIA ITU

Hari ini saya tak tergamak hendak membaca berita tentang penderaan kanak-kanak berumur 3 tahun. Umur budak tu sebaya umur anak saya Zulaikha… sedang anak saya dibelai, dikasihi, dijaga dengan baik , ditatang bagai minyak yang penuh tapi di luar sana ada manusia durjana yang sanggup mendera kanak-kanak sehingga mati.

Kemanakah hilangnya sifat peri kemanusiaan orang itu? Lupakah dia yang pada satu masa dulu dia juga pernah menjadi kanak-kanak dan dia membesar dan dewasa… Tak de pulak ibu atau ayah dia mendera dia. Kenapa sampai masa dia tak ada langsung hati dan perasaan. Apakah kesalahan kanak-kanak itu? Saya rasa budak-budak nakalnya setakat menangis sahaja la kereneh dia… itu pun menangis sebab mereka dambakan kasih sayang dan manja.Atau mungkin dia lapar atau mungkin dia sakit.

Saya betul-betul emosi hari ini bila mendengar berita yang sedemikian. Selalunya saya memang tak akan membaca sendiri berita yang macam ini kerana sememangnya saya pasti akan melelah air mata ketika membaca. Suami saya yang akan menjadi pencerita tentang berita-berita macam ni.Seperti biasa hari ini suami sayalah yang menceritakan berita sedih ini. Jantung saya bagaikan hendak tercabut.

Semasa saya menaip di ruang ini pun air mata saya meleleh-leleh tanpa dipaksa.. Saya terasa terlalu kecewa dan sedih dan marah dan entah bermacam-macam perasaan yang saya rasa sekarang.Saya benar-benar tidak faham apakah yang ada didalam otak fikiran manusia yang sanggup mendera kanak-kanak itu?? Tak ada ke sedikit rasa hiba dan simpati?

Setiap hari ada saja berita bayi dibuang. Kenapa harus mereka diperlakukan begitu? Seandainya ada yang terbaca artikel ini dan ada terlintas nak buang bayi hubungi saya.. jangan dibuang bayi itu.. Ramai kawan-kawan serta insan lain yang sanggup menjaga bayi itu. Seandainya ada sesesiapa yang sudah tidak mampu untuk membela seorang kanak-kanak lantaran masalah apa jua pun hubungi saya kerana ramai juga di luar sana yang sanggup membela kanak-kanak itu. Janganlah dibuang bayi itu kerana dia bukannya barangan dan janganlah didera kanak-kanak itu sedangkan binatang pun kita bela dengan baik.

Baik bayi mahupun kanak-kanak itu , mereka itu manusia dan mempunyai perasaan.. sakit, sedih … Argggggh terlalu emosional saya hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: