KESIAN AKU DIMARAHI STUDENT….DUNIA SUDAH TERBALIK

Petang tadi ada kelas EA Form 5 di Tatapan Minda. Seperti biasa kelas ni antara kelas yang paling riuh among kelas Form 5.

Apa yang aku paling kesian pada diriku pada hari ini ialah kena marah dengan student (Si SAB la sapa lagi) sebab tak update blog… Budak2 lain gelakkan aku…. Kuang2 selalu murid dimarahi cikgu dan kawan2 dia gelak tapi ni terbalik la pulak..

Pastu…aku ni selalu jer ketinggalan zaman bila berada dalam kalangan budak2 ni… Betul ke antara 12pm – 3pm harga McD murah… Hmmm rasanya dalam seminggu tu 2 atau 3 kali aku gi santap kat sana… tak pernah pulak perasan??????? Adakah aku ketinggalan zaman atau zaman yang tinggalkan aku?HEHEHEHE sama jer kan.

Pavilion… waduh… budak2 ni ingat aku tak pernah tengok wayang…. huwa…depa ni kata aku lost bile masing2 bercerita tentang pavilion…. Saya tahulah wahai murid ku sekalian…. Saya pun kaki wayang jugak..cuma depan korang kena cover la sket…🙂

Kelas hari ni betul la kecoh… aku yang masih muda ini pun rasa cam semakin muda bila dengan bebudak2 ni..(HIdup mesti perasan baru bleh awet muda)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: