KHALEEDAH , ZULAIKHA , QAISARAH dan CEMBURU

“Cekak ni Akak punya bukan Zulaikha punyalah. Letak balik” keluh Khaleedah anak saya yang besar.

“Jangan busik, ini Zulaikha punye…Qaisarah pegi la jauh,” Zulaikha menolak Qaisarah pulak.

Begitulah kerenah anak-anak saya, setiap hari.Ada sahaja yang nak direbut.

Anak saya Nor Khaleedah cun ni tahun depan akan menduduki UPSR. Zulaikha tahun 2010 ni nak masuk 3 tahun dan Qaisarah pula 1 tahun 2 bulan sekarang. Jarak antara Khaleedah dengan Zulaikha memang jauh semasa Khaleedah darjah 4 barulah Zulaikha dilahirkan.

Sebelum ni Khaleedah tempat saya bersembang dan bermanja tapi bila Zulaikha lahir keadaan berubah. Semasa mula-mula Zulaikha dilahirkan Kaleedah menjadi sangat cemburu dengan adikny. Saya sangka dia akan seronok mendapat adik rupanya tidak.

Saat ini merupakan saat yang paling mengecewakan sebab komunikasi saya dengan Khaleedah sangat teruk. Khaleedah mengganggap kehadiran orang baru merupakan cabaran kepadanya. Dia akan menangis , merajuk dan mula tidak dengar cakap. Ini semua angkara rasa CEMBURU.

Kehadiran Qaisarah pula merubah segalanya kerana Khaleedah sangat sayang akan Qaisarah tetapi terbalik pulak dengan Zulaikha. Cemburu Zulaikha terhadap Qaisarah sungguh kuat sekali hinggakan baju yang saya belikan untuk Qaisarah semua dipakai oleh Zulaikha.

Setiap anak dilahirkan dengan sifat dan sikap yang berbeza. Maka layanlah anak kita megikut sifat masing-masing. Sehingga artikel ni saya tulis Khaleedah masih lagi cemburu ditambah lagi dengan proses dia meningkat remaja tapi banyak dah improved.

Walauapapun … KHALEEDAH, ZULAIKHA , QAISARAH dan CEMBURU tidak dapat dipisahkan.

p/s untuk anak mama semua….kalian merupakan buah hati pengarang jantung mama forever.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: