SENGGUGUT YANG TERUK AWAS!!!

Hari ni saya dekejutkan dengan berita yang sungguh sedih. Adik saya masuk hospital dan terpaksa melalui pembedahan kerana ketumbuhan rahim.
Tak sangka… senggugut yang adik saya alami sejak zaman sekolahnya dulu merupakan petanda awal yang dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan dalam rahim.
Saya ingat lagi semasa adik saya sekolah dlu setiap kali dia datang bulan dia mesti ada senggugut yang teruk. KAdang2 tu sampai muntah-muntah. Setiap kali dia sakit dia pasti makan ubat tahan sakit. Hinggakan bagi saya ubat tahan sakit dengan adik saya adalah ibarat teman rapat.
Dulu mak saya selalu kata senggugut ni bila umur dah meningkat akan semakin berkurang. Tapi senggugut adik saya tak pun berkurang.. Ia berlarutan sehingga adik saya masuk UKM. Saya ingat lagi ada ketika dia pernah keluar muntah hijau kerana sakit senggugut. Saya pernah nasihat dia pergi berjumpa doktor pakar tapi dia cuma pergi jumpa doktor biasa sahaja.Mungkin faktor kewangan menjadi sebab.
Selepas grad, adik saya bekerja senggugut dia masih juga tak ada beza macam dulu. Adik saya pernah mencuba berjumpa doktor pakar tapi doktor tak dapat kesan apa masalahnya.
Sampailah semalam merupakan pengalaman ngeri yang saya rasa saya sendiri tak sanggup nak tengok…darah meleleh ke kaki dan yang keluar adalah darah yang berketul-ketul.
Tengah malam tadi terus kami bawa adik saya ke hospital dan tengahari tadi dia selamat membuang seketul ketumbuhan sebesar bola tennis.

KEPADA ADIK KU LISA SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAKLONG HARAP SELEPAS INI SENGSARAMU AKAN BERAKHIR

2 responses to this post.

  1. Posted by atiba on Julai 18, 2012 at 3:57 pm

    Sila email kepada saya untuk penawar senggugut

    Balas

    • Untuk penawar senggugut kaedah trdisional ada beberapa cara
      1 -Sediakan teh pahit tanpa gula.Minum segelas teh sewaktu sakit senggugut memuncak.( ini saya memang selalu amalkan untuk saya dan anak)
      2 – Buah petola. Masak petola mengikut manu kesukaan anda dan makan selama seminggu sebelum datang haid.(belum pernah cuba lagi)
      3 – Pucuk daun betik. Batu tungku yg telah dipanaskan dibalut dgn pucuk daun btik dan kain, lalu diletakkan di atas perut.(Ini petua mak saya dan memang buat masa dulu)
      – Halia dan madu. campurkan kedua halia dan madu dalam air panas kacau dan minum suam. sekejap nanti akan buang angin lega rasa senggugut.

      Untuk kaedah moden
      Kalau rasa sakit tak tahan boleh la ambil salah satu ubat penahan sakit Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: