Perdagangan-Tingkatan4-Bab6-Pemilikan Perniagaan

Bab 6

Pemilikan Perniagaan

Memulakan Perniagaan

 

  1. Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan:

-          Memulakan sendiri

-          Francais

-          Diundang

-          Warisan

-          Pengambilalihan

 

  1. Sebelum memulakan perniagaan, seseorang usahawan perlu memilih jenis milikan bagi perniagaannya
  2. Milikan perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan bergantung pada keupayaan serta modal yang ada padanya
  3. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan perniagaan ialah:

-          jenis dan milikan perniagaan

-          modal

-          lokasi

-          pengetahuan dan pengamalan

-          bekalan

-          undang-undang

  1. seseorang usahawan patut mempunyai pengendalian dan kawalan perniagaan yang lengkap
  2. pengendalian dan kawalan perniagaan melibatkan perkara yang berikut:

-          pengurusan stok

-          pengurusan kewangan

-          pengurusan sumber manusia

-          pengurusan masa

-          pengawalan risiko perniagaan

-          pengurusan maklumat

 

 

Milikan Tunggal

 

  1. Ciri-ciri milikan tunggal:

-          dimiliki oleh individu secara bersendirian atau perseorangan

-          mudah ditubuhkan kerana tidak perlu mematuhi syarat penubuhan yang ketat

-          pemilik menentukan dan melaksanakan semua dasar dan keputusan tentang perniagaan

-          pemilik hanya membayar cukai pendapatan peribadi yang rendah berbanding dengan syarikat berhad yang mesti membayar cukai syarikat

-          pemilik akan menangung liabiliti yang tidak terhad

2.    Kebaikan-kebaikan milikan tunggal :

                  -    memerlukan jumlah modal yang kecil

-          mudah ditubuhkan

-          mudah dikawal dan diuruskan

-          pemilikan bebas mentadbirkan perniagaan mengikut kehendak sendiri

-          keuntungan dikenakan cukai pendapatan peribadi

-          mempunyai insentif untuk bekerja keras

-          boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan

-          mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan

-          memberi pekerjaan kepada ahli keluarga

-          dapat memberi kredit kepada pelanggan

  1. Kelemahan-kelemahan milikan tunggal :

-          Menanggung liabiliti tidak terhad

-          Modal yang terhad menyekat perkembangan perniagaan

-          Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja

-          Perniagaan mungkin tidak berterusan

-          Beban kerja yang berat

-          Tidak dapat menikmati kebaikan perniagaan runcit besar-besaran

-          Menganggung segala risiko perniagaan

 

 

 

 

Perkongsian

 

  1. terdapat dua jenis perkongian iaitu :

-          perkongsian berhad

-          perkongsian biasa

  1. Sebab-sebab perkongsian ditubuhkan :

-          untuk mengurangkan persaingan

-          untuk mengumpulkan modal yang lebih besar

-          untuk mendapatkan pengetahuan , pengalaman dan kemahiran peniaga-peniaga lain

-          untuk menyebarkan risiko perniagaan kepada lebih banyak pihak

  1. Kebaikan-kebaikan perkongsian

-          mudah ditubuhkan

-          mudah mengumpulkan modal yang besar

-          risiko perniagaan dapat disebarkan

-          beban cukai pendapatan yang rendah

-          pembahagian kerja dan pengkhususan

-          liabiliti terhad bagi pekongsi berhad

  1. Kelemahan-kelemahan perkongsian

-          tindal-tanduk seseorang perkongsian melibatkan semua pekongsi lain

-          modal masih terhad

-          kewujudan perkongsian tidak kekal

-          liabiliti yang tidak terhad

-          kemungkinan berlakunya perselisihan

 

Syarikat Awam Berhad

 

  1. Ciri-ciri syarikat awam berhad

-          dapat ditubuhkan oleh dua orang dan tidak ada ha maksimum tetapi bergantung pada jumlah syer yang diterbitkan.

-          Orang awan dapat memiliki syarikat awam berhad dengan membeli syer-syer syarikat .

-          Mendapatkan modal daripada orang ramai melalui penjualan syer-syer yang bernilai tetap

-          Dikawal dan ditadbir oleh satu lembaga pengarah . Ahli ahli dalam lembaga pengarah dilantik oleh para pemegang syer dalam satu mesyuarat agung tahunan .

-          Keuntungan dikenakan cukai syarikat

-          Mesti mengadakan mesyurat agung tahunan

-          Akaun-akaun syarikat awam berhad wajib diaudit dengan sempurna oleh akauntan bertauliah dan satu salinan mesti dihantar kepada Pendaftar Syarikat pada setiap tahun .

  1. kebaikan syarikat awam berhad

-          mengangung liabiliti terhad

-          mudah mengumpulkan modal yang banyak

-          kewujudan lebih kekal

-          syer syarikat mudah dipindah milik

-          menikmati ekonomi bidangan

  1. Kelemahan syarikat awam berhad

-          penubuhan lebih rumit dan mahal

-          pengurusan lebih rumit

-          milikan dan pengurusan adalah terpisah

-          Hal-Ehwal syarikat terdedah kepada awam

-          Menanggung cukai yang tinggi

-          Terikat dengan Akta Syarikat

-          Kemungkinan wujud penyalahgunaan kuasa oleh Lembaga Pengarah

 

Syarikat Sendirian Berhad

 

  1. ciri-ciri syarikat sendirian terhad

-          mempunyai taraf perundangan sendiri iaitu terpisah daripada para pemegang syer , dan boleh bertindak atas namanya sendiri dalam urusan pembelian harta , membuat perjanjian , mendakwa , dan didakwa

-          boleh dibentuk oleh minimum 2 orang dan maksimum 50 irang oemegang sye

-          tidak menjual syernya kepada orang ramai

-          tidak diwajubkan untuk pengetahuan orang ramai

  1. kebaikan syarikat sendirian berhad

-          lebih mudah dan mudah ditubuhkan

-          liabilitipemegang syer terhad

-          Hal-Ehwal syarikat diumumkan

-          Modal yang besar

-          Kewujudan kekal

 

 

  1. kelemahan syarikat sendirian berhad

-          modal terhad

-          bilangan pemegang syer terhad

-          syer tidak boleh disenaraikan di bursa saham

-          penjualan dan pindah milik syer yang tinggi

-          menanggung cukai syarikat yang tinggi

-          perpisahan antara pemilikan dengan pergurusan

-          penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah

 

 

Perbadanan Awam

 

  1. Ciri-ciri Perbadanan Awam

-          Ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen dan dimiliki sepernuhnya oleh kerajaan

-          Bertujuan untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan penting dan kemudahan-kemudahan asas kepada orang awam ; contoh : Jabatan Kerja Raya dan MARA

-          Biasanya diletakkan di bawah kawalan seorang menteri yang bertanggungjawab kepada orang awam

-          Tidak bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi kemudahan kepada orang awam

  1. Kebaikan Perbadanan Awam

-          menyediakan kemudahan asas dan pekhidmatan kepada semua anggota masyarakat

-          sanggup menawarkan perkhidmatan penting yang rendah pulangan

-          pengkhususan dan pembahagian kerja

-          mudah mendapatkan modal

-          menikmati ekonomi bidangan

-          menyediakan perkhidmatan ekonomi secara monopoli

-          tiada pembaziran sumber

  1. Kelemahan Perbadanan Awam

-          ketidakcekapan kerana tidak menghadapi persaingan

-          penentuan dasar dipengaruhi oleh factor politik

-          diuruskan oleh kakitangan bergaji

-          pengawalan dan pengurusan rumit

-          sumber tidak digunakan dengan kemampuan maksimum

 

Koperasi

 

  1. ciri-ciri koperasi :

-          menjalankan perniagaan untuk memberi faedah ekonomi sosial untuk ahli-ahlinya

-          sekurang-kurangnya 100 orang asli mesti hadir dalam mesyuarat penubuhan koperasi

-          mendapat modal daripada ahlinya dalam bentuk syer

-          semua ahli mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak kira jumlah syer yang dimilikinya

-          mesyuarat agung tahunan mesti diadakan

-          menjual barang-barang kepada ahli-ahlinya dan kepada orang ramai yang bukan ahli

-          sebahagian daripada lebihan iaitu keuntungan akan disimpan sebagai rizab. Bakinya akan dibayar dalam bentuk dividen langganan .

  1. kebaikan koperasi :

a)   Kepada koperasi :

-          mempunyai pelangan-pelangan tetap

-          menikmati kebaikan perniagaan secara besar-besaran

-          keuntungan dikecualikan daripada cukai keuntungan

b)   Kepada ahli

-          penyingkiran orang tengah

-          harga barang yang berpatutan

-          menikmati faedah liabiliti terhad

-          mendapat bunga atas modal

-          mendapat rebat atas belian atau dividen

3.   Kelemahan koperasi

-          pemilikan dan pengurusan adalah terpisah

-          ahli lembaga pengarah sentiasa berubah

-          pertentangan pendapat dan besar

-          nilai pemilikan syer individu terhad

 

Penswastaan

 

  1. Penswastaan ialah pemindahan milik sesuatu perbadanan awam kepada sektor swasta . Kerajaan yang memiliki perbadanan awam menjual milikannya kepada swasta .
  2. Kebaikan penswastaan kepada kerajaan :

-          mengurangkan beban pernelanjaan tahunan kerana bilangan kakitangan turut berkurangan

-          kerajaan dapat mengutip lebih banyak hasil melalui cukai atas keuntungan syarikat swasta yang diwujudkan

-          kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada sektor-sektor ekonomi lain

3.   Kebaikan penswastaan kepada masyarakat :

-          Perbadanan awam yang diswastakan per bersaiang dengan syarikat-syarikat swasta lain . Oleh itu , perlu meningkatkan mutu perkhidmatan atau barang keluaranya kepada orang ramai

-          Harga barangan mungkin akan jatuh akibat daripada persaingan .

About these ads

2 responses to this post.

  1. kebaikan perkongsian apa 7 nya???

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: