Perdagangan-Tingkatan4-Bab7-Pelaburan

Bab 7

 

Pelaburan

Pelaburan

 

  1. Pelaburan merupakan usaha mengangguhkan penggunaan pada masa sekarang untuk mengharapkan pulangan atau untung pada masa hadapan . Tujuan pelaburan ialah untuk :
  1. Mendapatkan pulangan dalam bentuk pendapatan semasa
  2. Menambahkan nilai keuntungan modal

2.   Perbezaan antara pelabur dan spekulator :

  1. Pelabur

–          Menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan diveden

–          Berhati-hati dalam pelaburan dengan mengumpulkan maklumat lanjut sebelum membeli saham sesebuah syarikat

–          Melabur untuk jangka masa panjang

–          Harga saham lebih kukuh

b.   Spekulator

–    menerima pulangan dalam bentuk perbezaan antara harga jualan

–    pelabur melabur atas ramalan harga dan khabar angina tentang

perubahan harga

–          melabur untuk tempoh masa pendek

–          menyebabkan harga saham turun naik

 

Jenis-jenis Pelaburan

 

1        Jenis-jenis pelaburan yang popular ialah

–          Akaun simpanan tetap

–          Saham

–          Harta tanah

–          Unit amanah

2        Akaun Simpanan tetap

–          Juga dikenali sebagai akaun pelaburan

–          Selamat

–          Risiko pelaburan rendah

–          Kadar faedah dibayar pada tarikh matang pelaburan

–          Sesuai untuk melabur jumlah wang yang tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu

3        Saham

–          terdiri daripada dua jenis , iaitu saham yang disenaraikan dan saham yang tidak disenaraikan

–          merupakan nilai keseluruhan syer yang telaha dibayar

–          ada dua jenis syer , iaitu

a.   Syer biasa

–    dibayar kadar dividen yang tidak tetap dan selepas

pembayaran kepada syer keutamaan

–    berhak untuk mengundi tetapi berisiko  tinggi

b.   Syer keutamaan yang termasuklah

–    Syer kumulatif

–    Syer penyertaan

–    Syer boleh tebus

–    Syer boleh tukar

4        Pulangan atas pelaburan saham bergantung pada

–          keuntungan modal

–          diveden atau pembahagian keuntungan tahunan

–          syer bonus atau syer tambahan secara percuma

5        Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur

–          memberikan maklumat saham yang terkini melalui media massa dan telekomunikasi .

–          membolehkan syer dipindah milik dan ditunaikan

–          membantu syarikat-syarikat umum berhad mengumpulkan modal tambahan

–          memastikan kewujudan harga syer yang realistik dan benar

–          melindungikepentingan pelabur

–          mengelakkan penipuan dan penyelewegan pelaburan

6        Faktor-faktor yang mempergaruhi harga saham

–          jumlah permintaan dan penawaran saham di pasaran

–          factor spekulasi

–          factor ekonomi

–          polisi kerajaan / politik

–          prospek dan pencapaian syarikat

–          kecekapan pentadbiran dan pengurusan

–          perubahan kadar bunga daripada simpanan di bank-bank perdangangan dan syarikat kewangan

–          peluang pelaburan yang lain

7        Cara membeli syer

–          pelabur / pembeli menghubungi broker

–          arahan untuk membeli syer yang diingini

–          broker mencari penjual di BSKL

–          menandatangi kontrak belian

–          pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit

–          proses pindah milik dikendalikan

–          pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli

8        Cara menjual syer

–          penjual menghubungi broker

–          arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu

–          broker mencari pembeli di BSKL

–          menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik

–          menyerahkan sijil syer

–          mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut

9        Faedah membeli saham

–          peluang mencapai pertumbuhan modal

–          memperoleh pendapatan dalam bentuk dividen

–          kecairan pelaburan

–          berpeluang untuk memiliki hak tertentu

10    Unit Amanah merupakan jenis pelaburan untuk orang ramai oleh syarikat pelaburan yang professional .

–          tiga jenis pelaburan dalam unit amanah , iaitu amanah saham , amanah harta tanah dan gilts

–          pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelaburan saham

 

Panduan Am untuk Melabur

 

1        Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :

–          risiko dalam pelaburan

–          pulangan daripada pelaburan modal

–          mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan

–          maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan

–          modal yang miliki

–          berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati

2        Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti

–          melabur dalam bidang yang dikenali

–          jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain

–          dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa

–          jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan

–          amalkan sikap sabar dan berhati-hati

–          tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

One response to this post.

  1. Posted by fah on September 8, 2012 at 3:06 pm

    Hebat a n thk cz kongsi ilmu Perdagangan nii

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: