Perdagangan-Tingkatan 5-Bab Konsumerisme

Bab 8

 Konsumerisme

     1. Maksud Konsumerisme

–          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna

–          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf     hidup meningkat

2. Matlamat Konsumerisme

–          melindungi hak pengguna

–          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni

–          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna

–          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat

–          letak harga  tidak berpatutan

–          buat iklan  mengelirukan

–          tawar barang  berkualiti rendah

–          jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna

Hak mendapat keperluan asas

–    makanan/pakaian

Hak mendapat keselamatan

–     dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan

–     contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

Hak mendapat maklumat

–     fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

Hak membuat pilihan

–     Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

Hak mendapat ganti rugi

–     berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

Hak bersuara

–     secara peribadi /  perwakilan

Hak mendapat pendidikan pengguna

–      melalui ceramah / forum

Hak mendapat alam sekitar yang sihat

–      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun                   Mahkluk Perosak 1974

6. Tanggungjawab pengguna

  Kesedaran mengkritik

–    boleh membuat aduan

Penglibatan dan tindakan

–    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial

Tanggungjawab sosial

–    Memberi derma kepada orang miskin/tua

Tanggungjawab alam semulajadi

–    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati

Bersatu padu

–    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Tanggungjawab pengeluar

Praktikkan amalan perniagaan yang baik

–    tidak menipu/ jual barang berkualiti

Amal pengiklanan yang beretika

–    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain

Sedia terima rungutan

–    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan

Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme

–    melalui seminar/forum

Memelihara alam sekitar

–    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan

Menjalankan tanggungjawab sosial

–    memberi derma/ biasiswa

8. Cara-cara membeli dengan bijak

Menentukan jenis barang

–    barang keperluan atau kehendak

Menentukan sebab membeli

–    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk

Menentukan masa membeli

–    masa tawaran istimewa/ musim perayaan

Memilih tempat membeli

–    lokasi berhampiran

–    menawarkan pelbagai barang

–    harga berpatutan dan barang berkualiti

–    sikap  jujur dan layanan mesra

–    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas

Mengetahui teknik membeli

–    buat perbandingan harga

–    tengok kualiti barang

–    periksa kuantiti barang

–    tahu tarikh luput

–    ada jaminan jualan

9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna

Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna

–          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

Beri kesedaran tentang konsumerisme

–    melalui ceramah /kempen

Wujudkan akta/peraturan

–    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972

Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang

–    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10. Peranan kerajaan dan agensi lain

Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna

–   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna

–    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan

–    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv

–    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan

–    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

Tribunal Tuntutan Pengguna

–    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah

–    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi

–    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

Persatuan Pengguna

–    Terima dan siasat aduan  pengguna

–    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan

–    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita

–    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

Persatuan Pengeluar

–    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan

–    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

Persatuan Profesional

–    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

Persatuan Peniaga

–    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /      jujur dengan pengguna

–    Sediakan kod etika mengenai jualan

11. Etika Amalan Perniagaan

 –          diperkenalkan tahun 1982

–          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)

–          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan

–          mempunyai 5 prinsip:

–          Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna

–          Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan

–          Patuhi prinsip perniagaan secara adil

–          Tidak burukkan pesaing

–          Amal perniagaan yang jujur

–          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.Etika Pembeli

Tanggungjawab terhadap penjual

–    patuhi syarat kontrak

–    jelaskan hutang mengikut tempoh

–    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran

–    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi

–    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan

–    amalkan sifat sopan santun

–    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

Tanggungjawab terhadap masyarakat

–    libatkan diri dalam persatuan pengguna

–    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar

–    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar

–    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13. Etika Penjual

Tanggungjawab terhadap pekerja

–    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan

–    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti

–    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

Tanggungjawab terhadap pelanggan

–    sediakan barang berkualiti

–    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang

–    tepati keperluan dan kehendak pengguna

–    jual barang pada harga berpatutan

–    bermaklumat  yang lengkap

–    adakan kempen promosi yang jujur

–    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat

–    beri layanan sama rata

Tanggungjawab terhadap pemodal

–    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan

–    beri kadar pulangan yang memuaskan

–    jalankan pengurusan yang cekap

Tanggungjawab terhadap pembekal

–    layanan adil kepada semua pembekal

–    patuhi segala  syarat kontrak

–    berusaha jual barang  dengan segera

–    amalkan ‘sistem payung’

–    pastikan syarat kontrak  jelas

Tanggungjawab terhadap masyarakat

–    pelihara alam sekitar

–    guna sumber yang manfaatkan masyarakat

–    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

Tanggungjawab terhadap kerajaan

–    bayar cukai

–    sedia peluang pekerjaan

–    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap

–    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: