Perdagangan-Tingkatan5-Bab1-Wang

tatapanminda.wordpress.com

Bab 1

Wang

Sistem Perbankan

  1. Perbankan Konvensional

–          mengamalkan sistem kapitalisme

–          bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

–          penyimpan dan pemimjam wang diberi atau dikenakan faedah

  1. Perbankan Islam

–          berdasarkan hokum Islam , iaitu prinsip-prinsip syarak dan syariah

–          bertertaskan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat

–          mengharam unsur-unsur gharar (ketidakpastian) , riba (faedah) , maisir (perjudian )

–          mengamalkan pembahagian risiko antara pengusaha (peminjam) dengan pembiaya (bank)

  1. Perbezaan antara perbankan konvensional dengan perbankan Islam dapat dikesan dari segi :

–          Dasar perniagaan

–          Prinsip-prinsip perbankan

–          Tujuan operasi perbankan

–          Undang-undang perbankan

–          Corak perlaburan

Jenis-jenis Bank

 

  1. Bank Pusat

–          Matlamat bank pusat adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan kerajaan

–          Funsi bank pusat ialah mengawal dan mengeluar mata wang negara

  1. Bank Perdagangan

–          Diuruskan oleh pihak swasta

–          Menerima simpanan , memberi kemudahan pembiayaan dan pembayaran

–          Ada dua jenis pemilikan , iaitu Bank perdaganan milikan tempatan dan asing .

–          Kerajaan menggalakan pergabungan bank untuk membentuk sistem perbankan yang kukuh bagi menghadapi era globalisasi

–          Bank Islam berlandaskan syariah Islam dan mengamalkan prinsip-prinsip Wadiah , Mudharabah dan Musyarakah .

–          Pengurusan bank islam tidak menerima unsur perbankan konvensional seperti riba , maisir , dan gharar

–          Contoh Bank Islam ialah Bank Muamalat , Bank Islam Malaysia Berhad dan operasi perbankan Islam di bank-bank perdagangan seperti di Bank Bumiputera Malaysia Berhad

  1. Bank koperasi

–          Fungsi bank koperasi ialah menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman

–          Contoh bank koperasi ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

  1. Bank Badan Berkanun

–          Funsi Bank Badan Berkanun adalah memberi bantuan kewangan dalam bentuk modal pinjaman

–          Tiga jenis bank badan berkanun di Malaysia :

a)      Bank Simpanan Nasional

b)      Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

c)      Bank PertanianMalaysia

  1. Bank Saudagar

–          Fungsi bank saudagar adalah menerima deposi daripada orang ramai

–          Contoh bank saudagar ialah Affin Merchant Bank Berhad , Utama Merchant Bank dan Amanah Chase Merchant Bank

Pekhidmatan Bank Perdagangan

 

  1. Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta .
  2. contohnya ialah Hong Leong Bank Berhad , Bank Bumipetera Commerce Berhad dan Maybank Berhad .
  3. Perkhidmatan bank perdagangan termasuklah :

a)      Menerima simpanan

–          Akaun simpanan

–          Akuaun semasa

–          Akaun tetap

b)      Kemudahan pembayaran

–          Pindahan kredit

–          Arahan tetap untuk bayaran bulanan atau tahunan yang tetap seperti ansuran rumah dan premium insurans

–          Cek jurubank

–          Draf bank

–          Pindahan telegraf

–          Pindahan mel

–          Perintah sedia ada

c)      Kemudahan pembiyaan

–          Overdraf

–          Pinjaman

–          Mendiskaunkan bil

d)     Perkhidmatan lain

–          Kad kredit

–          Jaminan jurubank

–          Peti simpanan malam

–          Peti simpanan keselamatan

–          Cek kembara

–          E-banking

–          Pertukaran mata wang asing

–          Perbankan Islam

  1. Faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa memohon pinjaman dan overdraf

–          Tujuan pinjaman

–          Kedudukan kewangan pemohon

–          Nilai harta cagaran

–          Dasar pusat

–          Tempoh bayaran balik

CEK

  1. Pekhidmatan pembayaran dan penerimaan bayaran tanpa melibatkan wang tunai .
  2. Melibatkan tiga pihak , iaitu Bank berkenaan  , Penerima dan pemilik cek
  3. ada 3 jenis cek , iaitu Cek terbuka , Cek tertutup dan lain-lain .
  4. Sebab-sebab berlakunya cek tak layan

–          Berlakunya kesilapan dalam butiran cek seperti kesalahan tarikh , pertentangan angka dan perkataan

–          Perubahan cek yang tidak diendoskan

–          Tiada tandatangan penyuruh bayar

–          Tiada wang yang mencukupi dalam akaun penyuruh bayar cek

–          Cek terkoyak

  1. Faedah penggunaan cek :

–          Selamat kerana kehilangan cek mudah di kesan

–          Risiko kecurian yang rendah

–          Mudah dibawa yang dan boleh diposkan terus

–          Menjimatkan masa

  1. Kelemahan penggunaan cek

–          Cek tak layan mungkin akan berlaku

–          Bukan wang sah

–          Penipuan berlaku kerana senang ditiru

–          Caj bayaran dikenakan

–          Hanya dipakai oleh pemegang akaun semasa

–          Mesti ditunaikan di kaunter atau melalui akaun

  1. Biro Kredit

–          Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1988

–          Mengawasi ketunian cek supaya tidak melakukan cek tak layan

–          Menyimpan maklumat peribadi perseorangan untuk dirujuk oleh pihak bank sebelum meluluskan pemohonan pinjaman

–          Menyenarai hitamkan pemegang akaun semasa yang selalu melakukan cek tak layan

–          Memastikan penerima cek dapat menunaikan cek di bank

Institusi Kewangan Lain

 

  1. Syarikat Pemfaktoran

–          Merupakan anak syarikat kepada bank perdagangan

–          Contoh : Public Leasing dan Factoring Sdn. Bhd. dan Maybank Factoring Berhad

–          Cara pemfaktoran ialah penjual menjual secara kredit kepada pelanggan dengan tempoh bayaran tertentu

  1. Syarikat Pajakan

–          Membeli aset modal seperti mesen , jentera , dan premis untuk disewakan kepada peniaga

–          Sepanjang tempoh menyewa , aset mahal merupakan hak milik syarikat pajakan

–          Membantu peniaga menggunakan aset tanpa membayar harga penuh atau cagaran

–          Contoh : Austral Leasing Sdn. Bhd. , Bank Pertanian dan Bank Islam

  1. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)

–          Membeli jaminan kepada pinjaman peniaga kecil atau usahawan Industi Kecil dan Sederhana (IKS)

–          Membantu peniaga yang kehendak memohon pinjaman tetapi tidak mempunyai sebarang cagaran

–          Dilantik oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan IKS

–          Contoh jaminan kredit yang ada termasuklah Skim Jaminan Usahawan Kecil , Skim Jaminan Laluan terus dan lain-lain

  1. Syarikat Kewangan

–          Merupakan syarikat kewangan berlesen yang tertakluk kepada Akta Bank dan institusi Kewangan 1989

–          Contoh : Maybank Finance berhad , Public Finance Berhad , RHD Delta Finance Berhad dan Asia Commercial Finance

–          Perkhidmatan yang disediakan ialah kemudahan pinjaman , kemudahan sewa beli , akaun simpanan dan simpanan tetap dan kemudahan pemajakan

–          Tidak memberi kemudahan akaun simpanan semasa

5 responses to this post.

  1. Saya Ruhaida binti Razali I/C No 640401-08-5320 ingin bertanya tentang pinjaman dari bank islam .Saya mempunyai sebuah kedai kecil yang hanya membayar lektrik sahaja iaitu Rm150.00 sebulan.Saya ingin pelbagaikan banyak barangan dikedai saya dan merlukan jasa pihak bank ini untuk memikirkan bagaimana untuk mendapat kelulusan pinjaman.Sekian Terima Kasih.

    Balas

  2. Posted by siti fatimah bt abd rashid on Januari 15, 2012 at 4:06 pm

    bleh bg penerangan dgn lebih jelas??

    Balas

  3. Posted by zeiy on September 25, 2012 at 12:26 pm

    terimkasih nota ni sya sya cari ringkas dan munasabah… terimkasih…🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: