Perdagangan-Tingkatan5-Bab2-Insurans

Bab 2

Insurans

Pengenalan kepada Insurans

 

  1. Insurans merupakan rancangan sosial yang memberi perlindungan kepada insured atau keluarganya terhadap terhadap pelbagal risiko .
  2. Perlindugan insurans ditawarkan kepada nyawa dan harta benda insured .
  3. Insurans merapakan rancangan pemusatan dan pembahagian risiko antara pihak insured yang menghadapi kerugian sekiranya berlaku risiko .
  4. Istilah-istilah insurans ialah

–          Insurer – Syarikat yang menawarkan perlindungan insurans

–          Insured – Pihak yang meminta dan menyertai rancangan insurans

–          Polisi insurans – Pejanjian insurans insurer dan insured

–          Ganti rugi – Bayaran yang diberi kepada insured apabila berlakunya risiko yang diinsuranskan

–          Primeum – Bayaran yang dibuat oleh insured untuk mendapat perlindungan insurans

  1. Terdapat dua jenis risiko iaitu :

–          Risiko yang boleh diinsuranskan merupakan risiko yang boleh diramalkan kekerapannya

–          Risiko yang tidak boleh diinsuranskan terdiri daripada risiko yang tidak dapat dikira kekerapan dan tidak dapat dikumpulkan secara perangkaan

  1. Peranan insurans kepada
  1. Individu

–          Memberi perlindungan terhadap risiko yang boleh diinsuranskan

–          Menjamin keadaan kehidupan warisan atau ahli-ahli keluarga seperti biasa jika insured kehilangan upaya untuk mencari rezeki

–          Merancang untuk masa depan sekiranya insured ditimpa ditimpa kemalangan

–          Memupuk tabiat jimat cermat

–          Menjaga seseorang dalam masa kecemasan

  1. Peniaga

–          Melindungi harta benda daripada risiko seperti kebakaran , kecurian , dan pecah amanah

–          Mendapat ganti rugi untuk memulihkan diri kepada keadaan asal

–          Menumpukan perhatian penuh ke atas hal-hal pengurusan dan pentadbiran perniagaan

  1. Negara

–          Mencipta peluang pekerjaan untuk menggurangkan kadar pengganguran

–          Meninggikan taraf  hidup

–          Meningkatkan pendapatan negara

–          Syarikat insurans menyalurkan sebahagian wang premium ke atas sektor ekonomi

 

Prinsip Insurans

 

  1. Kepentingan boleh diinsuranskan

–          Insured hanya boleh mendapatkan perlindungan insurans terhadap nyawa atau harta benda yang mempunyai hubungan terus dengannya

–          Insered dihalang dan tidak dibenarkan membeli insurans terhadap nyawa atau harta benda orang lain

  1. Penuh percaya mutlak

–          Semua maklumat yang diisikan dalam borang insurans mestilah benar dan tidak melibatkan sebarang penipuan

–          Syrikat insurans atau inserer mengenakan syarat-syarat yang wajib dipatuhi ke atas para insured

–          Insurer berjal membatalkan polisi insurans sekiranya didapati maklumat palsu

  1. Indemniti

–          Syarikat insurans membayar jumlah ganti tugi setakat untuk memulihkan keadaan asal sebelum berlakunya risiko

–          Tidak mengandungi unsur keuntungan

–          Bertujuan untuk membantu insered menghadapi kerugian

–          Ganti rugi dibayar dalam bentuk tunai , membaiki aset yang rosak dan menggantikan aset dengan barang yang sama

–          Indermniti tertakluk kepada tiga perkara yang asa iaitu , sumbangan , subrogasi dan doktrin sebab berhampiran

 

Jenis-jenis Insurans

 

  1. Insurans kemalangan termasuklah :

–          Insurans Tanggungan Majikan

–          Insurans Kemalangan Peribadi

–          Insurans Liabiliti Awam

–          Insurans Kereta Motor

  1. Insurans Kebakaran
  2. Insurans Nyawa

–          Insurans Endowmen

–          Insurans Hayat Sementara

–          Insurans Hayat Seumur Hidup

  1. Insurans Marin
  2. Insurans Lain

–          Insurans Kecurian

–          Insuran Kesihatan

–          Insurans Jaminan Setia

–          Insurans Pendidikan

–          Insurans Gadaian

 

 

 

 

 

Takaful

 

  1. Takaful merupakan perlindingan insurans yang ditawarkan kepada insured berdasarkan tafsiran syarak .
  2. Mengikut tafsiran syarak , takaful merujuk kepada membantu antara satu sama lain pada masa kecemasan
  3. Prinsip takaful tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) , maisir (perjudian) , dan riba (faedah)
  4. Jenis-jenis takaful termasuklah :

–          Takaful keluarga

–          Takaful Am

  1. Perbandingan antara Insurans Konvensional dengan takaful

–          Persamaan :

  1. Merupakan rancangan pemusatan risiko antara insured yang menghadapi risiko
  2. Berdasarkan prinsip kepentingan boleh diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indemniti .

–          Perbezaan :

 

–                                  Takaful Islam –                                  Insurans

               Konvensional

–                                  Berasaskan hukum syarak , iaitu prinsip Medharabah dan prinsip lan yang telah diubahsuaikan . –                                  Berasakan tiga prinsip utama , iaitu kepentingan boleg diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indermnti
–                                  Tiada unsur gharar , maisir dan riba –                                  Mengandungi unsur gharar , maisai dan riba

 

 

 

 

Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

 

  1. Prosedur Membeli Polisi Insurans

–          Sebelum membeli polisi perlu menghubungi ejen syarikat insurans untuk membuat pertayaan tentang perkara-perkara seperti :

a)      Risiko yang hendak diinsuranskan

b)      Syarat-syarat perlindungan

c)      Tempoh perlindungan

d)     Nilai perlindungan

e)      Jumlah premium

–          Semasa membeli polisi

a)      Mengisi borang cadangan

b)      Mematuhi prinsip penuh percaya mutlak

c)      Menyertai salinan dokimen yang relevan  untuk dipertimbangkan

d)     Menbayarkan jumlah premium yang dipersetujui

–          Selepas membeli polisi

a)      Menerima resit bayaran premium

b)      Menerima nota lindungan yang berupa perlindungan serta-merta kepada insured

c)      Nota perlindungan untuk tempoh sementara sahaja

d)     Mendapat polisi insurans sebagai perlindungan terhadap risiko . Polisi itu diperlukan semasa menuntut ganti rugi

e)      Membayar jumlah premium dengan menepati masa untuk meneruskan tempoh perlindungan

  1. Prosedur Menuntut Ganti Rugi

–          Pihak insured

a)      Melaporkan kejadian kemalangan kepada pihak polis dan insurer

b)      Mengisi borang tuntutan dengan butir-nutir lengkap tentang perkara-perkara seperti masa dan tarikh berlakunya kemalangan , jumlah kerugian dan punca kejadian .

c)      Menyertai salinan dokumen sebagai bukti kejadian yang sah . Dokumen itu termasuklah laporan polis , polisi insurans dan lain-lain relevan

–          Pihak insurer

a)      Menjalankan siasatan ke atas kejadian risiko

b)      Penyiasatan kejadian risiko bedasarkan hal-hal seperti maklumat benar , tiada penipuan dan jumlah kerugian

c)      Meluluskan ganti rugi bedasarkan prinsip indermnti

–          Penimbang tara diperlukan sekiranya kedua pihak insured dan insurer tidak menyetujui jumlah ganti rugi . Keputusan penimbang tara adalah muktamad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: