Perdagangan-Tingkatan5-Bab6-Promosi

Bab 6

Promosi

      1.  Maksud Promosi

–          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan

–          menyedarkan pengguna tentang barangan

–          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

2.  Peranan Promosi

–          Menyampaikan maklumat

memberitahu kewujudan barang dipasaran

maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar

–          Mewujudkan pasaran baru

menyedarkan pengguna tentang barang baru

menarik minat membeli dan mengguna

–          Mengekalkan pasaran sedia ada

mengingatkan pengguna kepada jenama

mewujudkan pengguna setia

–          Meningkatkan dan meluaskan pasaran

membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna

menggunakan media yang liputan siarannya luas

–          Memujuk dan mempengaruhi pembeli

menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

–          Memantapkan imej barang dan syarikat

barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

–          Mengatasi pesaing

mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

3.  Promosi dalam Pemasaran.

–    Strategi Pemasaran

  • Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
  • Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran

–   Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna

menepati cita rasa, keperluan dan kehendak

pengguna

–   Harga   –  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,

persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan

yang ingin diperolehi

–   Agihan – Mestilah tepat pada masa , tempat , dan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna

–   Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran

menyedarkan pengguna tentang kewujudan

barang menyampaikan maklumat, menarik

perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi

pengguna

4.  Jenis Promosi.

–          Pengiklanan

·         Memperkenalkan barangan baru

·         Mengingati sesuatu barangan

·         Mengekalkan pasaran barangan

·         Barangan lebih popular

·         Imej yang lebih baik

·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna

·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

3 jenis gaya tarikan iklan

  • Pujukan Rasioal

–  Mengaitkan sesuatu pembelian dengan

kepentingan peribadi pembeli.

–  Pembelian barang dikatakan lebih

berfaedah, berkualiti, bernilai,

kesihatan, penjimatan

  • Pujukan emosi

–  Menimbulkan perasaan positif supaya

orang ramai terdorong membeli.

–  Mesej iklan ada unsur rasa kasih

sayang, takut, malu, bangga, gembira,

mengikis perasaan bimbang

  • Pujukan moral

–  Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan.

–  Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong

Jenis Iklan

  • Iklan penerangan

–   memperkenal jenama baru dipasaran

–   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,

keistimewaan barangan

–   elak keraguan pengguna

  • Iklan memujuk

–   persaingan sesuatu barangan semakin

hebat di pasaran

–   bentuk keyakinan pengguna

–   terang kelebihan jenama, bandingkan

dengan jenama lain

–   menjadi iklan bertanding

  • Iklan mengingat

–    pengguna sentiasa mengingat sesuatu

jenama

–    disiarkan berulang-ulang

–    barangan telah lama di pasaran

Promosi Jualan

·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat

·         bantu tarik pelanggan baru

·         galakkan pengguna membeli

·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

  • Promosi Pengguna

–   mendorong pengguna membeli

–   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon

hadiah, potongan harga, pertandingan

  • Promosi pengedar

–   pemberian insentif kepada pemborong dan

peruncit supaya menambah pengedaran dan

jualan

–   pengedar ditawarkan diskaun, barang

percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

  • Promosi jualan

–   galakkan jurujual menjual secara lebih

berkesan

–   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan

–   tempoh promosi jangka masa pendek

Jualan Terus

·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi

·         melalui jurujual

·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah

·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna

·         jurujual diberi komisen, diakaun

·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala

·         pengguna Dapat layanan peribadi

·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk

·         jurujual tahu reaksi pengguna

Publisiti

·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma

·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media

·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran

·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan

·         Maklumat dikawal syarikat media

·         Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin   hubungan baik dengan orang ramai

·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang

Media Pengiklanan

 

  1. Media bercetak

–          Surat khabar dan majalah

–          Katalog dan risalah

–          Poster dan sepanduk

–          Kalendar dan diari

–          Kad perniagaan

–          Halaman kuning

  1. Media elektronik

–          Internet

–          Televisyen

–          Radio

–          Pawagam

–          Lampu neon

–          Skrin besar

  1. Media lain

–          Peragaan tingkap

–          Papan tanda

–          Belon udara

–          Ekspo , pertunjukan , dan pameran

–          Sampel , cenderamata dan hadiah

Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan media pengiklanan

 

  1. kos iklan
  2. tujuan iklan
  3. sasaran pengguna
  4. saiz perniagaan
  5. liputan pasaran
  6. jenis dan sifat barang
  7. dasar kerajaan

2 responses to this post.

  1. Posted by zahir on Julai 1, 2012 at 1:22 pm

    apakah kebaikan promosi kpd pengguna?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: