Perdagangan Tingkatan 4 – Kajian Kes (Asas kepada Perdagangan)

Encik  Sham memiliki sebuah kilang pakaian di Tampoi, Johor Bahru. Beliau mempunyai 58 orang pekerja dalam proses pembuatan dan jahitan pakaian.

Untuk meluaskan pengeluaran, Encik Sham telah membeli sebidang tanah yang bersebelahan dengan kilangnya dengan harga RM350 000. Selanjutnya beliau telah membeli 5 buah mesin baru untuk mempercepatkan penghasilan pengeluaran.

Kini Encik Sham telah memulakan kedai menjual pakaian secara peruncitan bagi mengurangkan kos orang tengah. Beliau berazam untuk membuka sebuah kedai cawangan  di Kota Tinggi dengan melantik adik iparnya sebagai pengurus kedai

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.

a)      Senaraikan contoh faktor-faktor pengeluaran dalam kes di atas. (4m)

i)        Tanah

ii)      Modal

iii)    Usahawan

iv)    Pekerja

Contoh faktor-faktor pengeluaran :

i)      Tanah = Kilang pakaian

ii)      Modal = Mesin dan tanah bernilai RM350 000

iii)      Usahawan = Encik Sham

iv)      Pekerja = 58 orang

b)      Terangkan ciri-ciri usahawan. (10 m)

Ciri-ciri usahawan ialah:

  1. Berkebolehan untuk memulakan sesuatu dengan menggabungkan faktor pengeluaran. (1m)
  2. Berpandang jauh (1m)
  3. Peka terhadap kehendak masyarakat.(1m)
  4. Kreatif dalam mengeluarkan rekaan, ciptaan dan penemuan baru. (1m)Sebagai contoh komputer tanpa wayar.
  5. Berkebolehan untuk membaiki dan membaharui sesuatu (1m) seperti penggunaan cerek elektrik menggantikan cerek dapur .
  6. Berani menghadapi risiko (1m)
  7. Tidak mudah berputus asa menghadapi kegagalan.(1m)
  8. Cekap untuk mengurus faktor-faktor pengeluaran.(1m)
  9. Boleh mengawal , mentadbir dan mengurus system pemasaran dan pembuatan secara berkesan.(1m)
  10. Rajin, gigih dan tekun untuk menjayakan sesuatu. (1m)

c)      Apakah peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.(10m)

Peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak   pengguna:

  1. Mewujudkan peluang pekerjaan  (1m) dengan menawarkan peluang  pekerjaan dalam berbagai aspek seperti pembuatan, pemasaran , peluang perniagaan dan pengurusan. (1m)
  2. Meningkatkan taraf hidup pengguna. (1m) Dengan membaiki mutu keluaran tanpa menaikkan harga.(1m) Menawarkan tingkat gaji serta kemudahan yang berpatutan.(1m)
  3. Memberi sumbangan kepada pembangunan dan ekonomi negara.(1m) Menghasilkan barangan pengganti untuk barangan import (1m) serta menghasilkan barangan yang boleh dieksport ke luar negara.(1m)
  4. Membuat pembaharuan serta ciptaan baru dalam teknologi (1m). Menghasilkan barangan yang mempunyai pelbagai pilihan (1m) serta menghasilkan barangan yang standing dengan barangan dari negara lain.(1m)

d)     Nyatakan fungsi utama usahawan dalam proses pengeluaran.(1m)

Fungsi usahawan dalam proses pengeluaran ialah menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta nilai faedah kepada pengguna.(1m)

One response to this post.

  1. Posted by Nur izza zahida on Januari 22, 2016 at 10:38 pm

    Minggu depan saya ade exam percubaan untuk perdagangan.. saye ambil soalan di atas sebagai latih tubi untuk persediaan menjelang hari peperiksaan..hopely saya lulus dengan cemerlang…aminn. insha Allah. thanks pada blog ni..sbb blog ni saya buat sebagai rujukan saya..assalamualaikum

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: