KABUS DI PERBUKITAN (SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN)

Novel Kabus Di Perbukitan
( Mohamad Kholid Hamzah)

Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.
Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Tema
Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

Persoalan 
1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
 Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

2. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
 Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.

3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.
 Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

4. Persoalan kasih sayang.
 Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.
 Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

6. Persoalan kahwin campur.
 Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.
 Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.

8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.
 Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

9. Persoalan pejuangan secara kekerasan.
 Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.
10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).

 Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

About these ads

17 responses to this post.

  1. Posted by azham mahmot on November 13, 2011 at 11:40 pm

    assalamualaikum warahmatullah hiwabarohkatu…………………….

    Balas

  2. Posted by JaiNaa on Januari 28, 2012 at 8:32 am

    harap ditambah ulasan untuk setiap bab ..

    Balas

  3. Posted by noor zaiton bt abdullah on Februari 3, 2012 at 1:16 am

    Besst

    Balas

  4. This web site is my inhalation , rattling good pattern and perfect subject material .

    Balas

  5. Hello there! This is my first visit to your blog! We are a team of volunteers and starting a new project in a community in the same niche. Your blog provided us useful information to work on. You have done a wonderful job!

    Balas

  6. Yeah bookmaking this wasn’t a risky decision outstanding post! .

    Balas

  7. Interesting information, I have definitely picked up something new. I did notice that your website was loading a bit sluggish which can really effect how Google decides to promote your content and pages. Keep up the good work! Ok, back to my vacation!

    Balas

  8. Posted by ninie on November 4, 2012 at 5:34 am

    nota yg best..tpi bole x ringkaskan lgi n padat…n bgilah latar,nilai n sbgainye lgi..(“,)terima kasih

    Balas

  9. Posted by shahrul on November 4, 2012 at 9:16 pm

    Hari ini adalah hari spm.. aq sdah baca…!!

    Balas

  10. Posted by jang on November 16, 2012 at 4:07 am

    saya rasa nota ini ada sikit meleter
    boleh ringkas sikit

    Balas

  11. Posted by yaya on Januari 5, 2013 at 4:54 am

    pnjang sngt la ‘rngkskn ckit

    Balas

  12. Posted by alice on Januari 13, 2013 at 12:33 am

    terima kasih

    Balas

  13. bagus.cuma kalau bole,perbaiki lagi kerna ada sedikit perkara2 yg tdk brapa jelas

    Balas

  14. Posted by theresa on Januari 25, 2013 at 11:53 am

    kaau boleh buat ringkas lh sinopsis….pening kepala saya,nak cari yg mana yang penting..

    Balas

  15. saya suka novel ini sungguh menarik

    Balas

  16. Posted by grace fui ling on Mei 13, 2013 at 9:19 pm

    dapt belajar dgn baek

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: